Saturday, June 18, 2016

(GAMBAR) Bila Si Cilik Menggayakan Busana Raya Ala Selebriti... COMEL!

Bukan dewasa saja yang nak beraya sakan dengan rekaan busana raya ala selebriti tetapi kanak-kanak juga kini punyai pilihan untuk tampil bergaya. Mereka juga punyai koleksi raya yang dijual sama ada melalui tempahan di Instagram atau di butik terpilih.

Jom saksikan aksi cilik anak-anak selebriti ini melebarkan sayap menjual jenama atas nama mereka dan berjinak-jinak dalam bisnes pada usia awal lagi.


Pilihan juga kini pelbagai sama ada seperti Chemad anak aktres Diana Danielle dengan koleksi baju melayu chemadxdianadanielle atau manis seperti Mia Sara dengan koleksi tudungnya yang menarik. Dan juga dua bintang Instagram Lara Alana yang turut disunting mempunyai himpunan baju raya di bawah namanya. Dan buah hati Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana juga muncul dengan rekaan busana rayanya.


Pastinya raya akan lebih meriah kala melihat anak-anak gembira menyarung baju raya cita rasa mereka. Jom shopping!














(GAMBAR) Bila Si Cilik Menggayakan Busana Raya Ala Selebriti... COMEL! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.