Thursday, June 2, 2016

(GAMBAR) Adegan Melucukan Lelaki Thailand Susulan Lelaki Nyaris Maut Alat Sulit Dipatuk Ular Dalam Tandas

Bayangkan jika anda tiba-tiba terlihat kerlibat ular menyelinap dalam bilik air, siapa sahaja tidak panik kan?

Bagi mengelakkan kejadian sama berulang,kini pelbagai cara digunakan lelaki Thailand ketika membuang air di dalam tandas.

Menerusi perkongsian gambar yang dimuat naik laman Facebook Tom Diz, kelihatan pelbagai taktik digunakan untuk mengelakkan serangan reptilia itu yang bersembunyi dalam mangkuk tandas.


Antaranya termasuk memanjat dan bercangkung di atas tangga atau besen cuci muka untuk membuang air besar, ada pula yang bertindak mengorek lubang di tengah-tengah kerusi plastik supaya mereka dapat duduk di atas kerusi itu untuk membuang air besar dalam jarak selamat.


Tidak kurang pula yang menggunakan kayu untuk membuka penutup mangkuk tandas bagi memeriksa keadaan di dalamnya terlebih dahulu sementara ada pula yang menggunakan seruling bagi membuatkan ular masuk semula kedalam mangkuk tandas.

Baru-baru ini, kemaluan seorang lelaki Thailand berusia 38 tahun, Atthaporn Boonmakchuay digigit seekor ular sawa sepanjang 3.5 meter di wilayah Chachoengsao, timur Bangkok kira-kira jam 6.30 pagi.


Mangsa yang terpaksa bergelut dengan reptilia berkenaan pengsan akibat kehilangan terlalu banyak darah sebelum dikejarkan ke hospital.

Anggota kecemasan terpaksa memecahkan mangkuk tandas itu untuk mengeluarkan ular sawa yang bersembunyi di dalamnya sebelum dilepaskan ke hutan. 








(GAMBAR) Adegan Melucukan Lelaki Thailand Susulan Lelaki Nyaris Maut Alat Sulit Dipatuk Ular Dalam Tandas Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.