Sunday, June 5, 2016

EKSKLUSIF: Hairul Azreen, Hanis Zalikha Kongsi Gambar Anak Pertama... COMEL!!

Kelahiran cahaya mata bagi pasangan sejoli Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sememangnya dinanti-nantikan oleh ramai peminat. Bersempena genap setahun usia perkahwinan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha hari ini, pasangan itu berkongsi gambar anak sulung mereka di laman Instagram menerusi kompilasi muat turun video selain memori berdua.


Malah, Hairul turut sudi berkongsi gambar pegun mereka berdua dengan Yusuf Iskandar kepada BH Online.
"Pengalaman menjadi bapa ini cukup menyeronokkan. Yusuf menjadi hadiah paling bermakna kepada kami. Apatah lagi dia hadir dua hari sebelum ulang tahun perkahwinan kami.
"Lebih istimewa, dia dilahirkan beberapa hari sebelum kita menyambut Ramadan. Alhamdulillah ramai yang mendoakannya. Kami amat terharu," kata Hairul.

Yusuf dilahirkan Jumaat lalu secara normal di Hospital Pusrawi, di sini, dengan berat 3.85 kilogram tepat jam 8.15 malam.


EKSKLUSIF: Hairul Azreen, Hanis Zalikha Kongsi Gambar Anak Pertama... COMEL!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.