Saturday, June 25, 2016

Disuruh Makan Hingga Kenyang Ketika Bersahur, Lihat Respon Kanak-Kanak Ini Buat Semua TERGAMAM!!!

“Melentur buluh biar dari rebungnya”. Itulah perumpamaan yang seringkali digunakan sebagai peringatan buat ibubapa agar mendidik anak supaya menjadi insan yang berguna. Perwatakan anak-anak tidak kira baik, nakal, jahat dan sebagainya sebenarnya berasaskan didikan awal daripada ibubapa. 

Disebabkan itu, penting untuk menitikberatkan soal mengajar atau mendidik anak ketika usianya masih kecil kerana apabila besar, majoriti mungkin mereka lebih susah untuk diajar dan dilentur dengan baik.

Sebagai contoh, kanak-kanak ini menjadi viral di media sosial disebabkan kepintarannya di usia 6 tahun yang sudah cukup memahami apa konsep sebenar berpuasa. 


Kami sendiri tersentuh dan tidak sangka jawapan seperti itu keluar dari mulut kanak-kanak yang masih lagi kecil.  Sejuk hati ibu mengandung, bertuah si ibu dapat anak macam Medina ni. 

Jom kita baca perkongsian yang dimuat naik oleh ibu Medina dekat bawah ni.
"Malam tadi sebelum tidur, Medina pesan pada saya dan Nek Ma untuk kejutkan dia bila waktu suhoor (that's how she pronounced it). Menjelang sahur tadi, Nek Ma pun kejutkanlah dia pada jam 5 pagi. 
"Saya nak tidur," katanya.
"Dah agak dah! Tetapi beberapa minit kemudian, dia sudah terpacak di dapur meminta buah kurma. Alhamdulillah, first time dia bangun sahur. 
ARTIKEL MENARIK:-  Kenapa Ibu Bapa Selalu Menangkan Abang Atau Kakak Bila Bergaduh? Ternyata Inilah Sebabnya!!!
"Dia makan tiga biji kurma. Tinggal beberapa minit sebelum masuk waktu imsak, saya suruh dia menghabiskan air dari botol. Dia teguk tiga kali. 
"Drink more, Nur. So you don't feel hungry or thirsty tomorrow. Finish the whole bottle," kata saya padanya 
"I took 3 sips. That's enough. That's the purpose of fasting. To feel hungry and thirsty. If you don't feel it, you can't feel the poor," jawabnya. 
( 3 teguk air dah cukup, itulah tujuan kita berpuasa, iaitu untuk merasa lapar dan dahaga, jika tidak kita tak merasai apa itu kemiskinan, tak memahami mereka yang sentiasa mengikat perut untuk makan

Disuruh Makan Hingga Kenyang Ketika Bersahur, Lihat Respon Kanak-Kanak Ini Buat Semua TERGAMAM!!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.