Tuesday, June 28, 2016

Didakwa Menjadi Punca Penceraian Zamarul, Diana Akhirnya Oja BONGKAR Perkara Sebenar Selepas Setahun Menghilang!

Penyanyi dan pelakon 1980-an iaitu Oja mengambil masa lebih setahun ‘menyembunyikan’ diri selepas  dikatakan menjadi punca terhadap perceraian pelakon Zamarul Hisyam dan Diana Rafar.

Menurut Oja atau nama sebenarnya Daninas Huza Daud, 37, tuduhan itu membuatkan dia menjadi trauma kerana peristiwa itu melibatkan rumah tangga seseorang.
"Secara peribadi saya anggap isu itu sudah selesai tetapi sebenarnya saya mengambil masa setahun untuk berdiam diri agar ia tidak berpanjangan.
"Tuduhan itu sama sekali tidak benar seperti mana dilemparkan kepada saya,” katanya.
Terdahulu Zamarul Hisyam, 45, dan Diana Rafar 34, mengejutkan orang ramai apabila mereka bercerai talak satu pada 14 Januari 2015 selepas enam tahun berumah tangga.


Bagaimanapun pasangan berkenaan rujuk semula kira-kira sebulan selepas cerai.

Oja turut dikaitkan sebagai individu yang menjadi puca kepada peristiwa berkenaan.

Dalam pada itu, Oja berkata, ketika kontroversi sedang hangat diperkatakan, dia sedang membuat persiapan untuk bertunang dengan teman wanitanya.

Jelasnya lagi, dia bersyukur kerana wanita berkenaan dan keluarga tidak terpengaruh dengan gosip selain tahu tentang kedudukan sebenar.
"Sebenarnya saya sudah mengenali Diana sejak zaman remaja lagi dan pernah terlibat dalam penghasilan kerja-kerja studio serta projek singlenya bersama Linda Rafar.
"Sebagai kawan lama sudah tentu saya sedia membantu untuk menyiapkan projek itu dan ingin saya tegaskan ketika itu saya sebenarnya banyak berurusan dengan Linda dan suaminya.
"Entah di mana silapnya, nama saya mula dikaitkan dengan Diana dan saya betul-betul terkejut kerana ia telah menjadi satu kes serius sebelum saya mengambil keputusan untuk menyendiri dan menjauhkan diri,” katanya.
Oja, penyanyi yang didakwa menjadi punca penceraian Zamarul dan Diana.
Jelasnya lagi, dia menghilangkan diri bukan kerana bersikap lepas tangan tetapi tidak mahu isu berkenaan terus berpanjangan yang pada akhirnya memberi masalah lebih besar.
"Alhamdulillah, tindakan itu sebenarnya banyak membantu dan secara peribadi saya berasa amat gembira melihat Zamarul dan Diana kembali hidup bahagia selepas kontroversi itu.
"Isu tersebut dah setahun lebih berlalu dan saya kini bahagia dengan isteri tercinta,” ujarnya tersenyum.
ARTIKEL MENARIK:- Genap 6 Tahun Pemergian Achik Spin, Inilah Gambar Terkini Puteri Arwah Yang SANGAT COMEL!!!

Berkongsi tentang kehidupannya kini, Oja berharap perkahwinan ketiganya itu adalah yang terakhir selepas pernah dua kali bercerai sebelum ini.
"Saya pernah berkahwin pada 2001 namun hanya bertahan selama lima tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan, Dani Nur Atiqah, 13 tahun yang kini dibawah jagaan saya.
"Perkahwinan kedua pula pada tahun 2007 namun jodoh kami tidak panjang sebelum berpisah pada 2010 dan kami dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Daniel Ashraf yang berusia tujuh tahun," katanya.
Oja bersama isteri terbaharunya bagi perkahwinan ketiga.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Oja kini bersedia untuk kembali ke dunia hiburan bersama kumpulan yang diberi nama Tunable Band di mana mereka sudah menghasilkan 10 buah lagu termasuk sebuah lagu Hari Raya ciptaannya berjudul Kenangan Indah Di Aidilfitri.

Oja dikenali sekitar tahun 90-an menerusi drama Balada Anak Jalanan selain turut menerbitkan sebuah album berjudul Anak Jalanan.

Didakwa Menjadi Punca Penceraian Zamarul, Diana Akhirnya Oja BONGKAR Perkara Sebenar Selepas Setahun Menghilang! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.