Tuesday, June 21, 2016

Dia Sempat Minta Maaf Dengan Nenek - Luah Mangsa Dedah KEJADIAN SEBENAR Berlaku!

Pergelangan kaki kiri seorang warga emas, Mek Som Mat Diah, 89, yang putus ditetak oleh seorang remaja lelaki 19 tahun, tidak boleh disambung semula.

Malah, kaki kirinya terpaksa dipotong hingga ke paras betis bagi mengelak komplikasi di masa hadapan.

Menurut cucu saudara Mek Som, Mustafa Yusof, 50, perkara itu dimaklumkan oleh doktor kepada dia sekeluarga.
“Doktor cakap, terpaksa memotong kaki nenek hingga paras betis kerana pergelangan kakinya yang putus sudah tidak boleh disambung lagi serta mungkin boleh timbul banyak komplikasi.
“Pembedahan dijangka harini dan saya akan membawa pulang kakinya untuk dikebumikan di tanah perkuburan dekat kampung kami," katanya.
Harian Metro melaporkan, Mek Som ketika ditemui di HUSM Kubang Kerian berkata remaja terbabit sering meminta wang darinya.


Setiap kali dia datang meminta wang dari tangga rumah, Mek Som tidak pernah memberi dan remaja itu akan berlalu pergi.

Mek Som sempat bercerita tentang kejadian dan menggelar remaja yang juga jirannya itu sebagai budak yang jahat.
“Ketika itu, nenek sedang berehat sementara menunggu waktu berbuka bersama anak Mek Esah Abdullah, 60, yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) mental.
“Tiba-tiba dia datang meminta wang dan terus bertindak agresif apabila permintaannya ditolak. Sebelum ini dia yang panggil nenek sudah dianggap macam cucu dan akan berlalu pergi apabila nenek cakap tiada wang.
“Nenek terkejut dan tak sangka dia agresif begitu. Mula-mula dia serang Mek Esah dan pulas tangannya, namun Mek Esah sempat larikan diri sebelum dia mencari nenek serta menumbuk muka," katanya.
ARTIKEL MENARIK:- BIKIN PANAS! SURAT TERBUKA Syed Saddiq, Pendebat Terbaik Asia Buat TMJ Yang Penuh MAKNA MENDALAM

Menurut Mek Som, dia terjatuh selepas ditumbuk dan remaja berkenaan mengambil pisau yang berada di tepi dinding beranda rumah sebelum memotong pergelangan kaki kirinya.

Namun, Mek Som yang sudah tidak berupaya itu hanya mampu menjerit meminta tolong.
“Selepas potong kaki hingga putus, dia cuba lari tetapi ditangkap penduduk kampung. Ketika itulah dia sempat minta maaf dengan nenek," katanya.

Dia Sempat Minta Maaf Dengan Nenek - Luah Mangsa Dedah KEJADIAN SEBENAR Berlaku! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.