Tuesday, June 7, 2016

Berang Dituduh Netizen SEMBAH SYAITAN, Ini JAWAPAN Balas Yuna Buat Semua TERDIAM!

Tidak dapat dinafikan pencapaian kerjaya seni Yuna yang telah menembusi pasaran luar negara selepas gandingannya bersama selebriti Hollywood, Usher sememangnya satu perkara yang membanggakan. Namun tindakannya yang memuat naik sekeping gambar di Twitter yang dilihat seperti dirinya sedang membuat gaya Iluminati telah mengundang tohmahan orang ramai.

Memetik portal Oh Bulan, selepas gambar tersebut dimuat naik, ramai mula membanjiri laman sosial penyanyi itu, memberikan pelbagai komen serta persepsi negatif berikutan gaya yang dilakukannya. Tidak kurang juga ada yang menuduh Yuna menyembah syaitan serta mengikuti ajaran sesat tersebut sejak beliau mula aktif berkarya diluar negara.


Berang dengan komen-komen sinis yang dilemparkan itu, Yuna tampil mempertahankan diri dengan menulis beberapa tweet membidas kembali pendapat orang ramai yang sewenangnya menilai beliau. Sejurus selepas itu, peminat Yuna mula menyokong dan mempertahankan tindakan Yuna dengan mengatakan rakyat Malaysia terlalu taksub dengan Iluminati.



Bagaimanpun, setelah meneliti akaun Twitter Yuna, nampaknya gambar yang dimuat naik beliau, dimana menunjukkan beliau memakai baju serba hitam dengan gaya mengangkat tangan seperti Iluminati itu telah dipadam. Apapun mungkin Yuna tidak berniat untuk bergaya seperti itu dan sebagai manusia lebih kita bersangka baik sahaja.

Berang Dituduh Netizen SEMBAH SYAITAN, Ini JAWAPAN Balas Yuna Buat Semua TERDIAM! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.