Wednesday, June 1, 2016

Berang Dicop 'GAY' Selepas Video Tersebar, Ini Komen MENUSUK KALBU Khai Bahar Buat Netizen

Nama Khai Bahar kini sering menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen. Ditambah pula selepas menjadi viral kerana ‘duetnya’ dengan Siti Nordiana

Lumrah sebagai orang baru untuk menempah nama dalam industri hiburan tanah air, sudah menjadi perkara wajib mahupun adab jika dilanda kontroversi panas.

Baru-baru ini telah tersebar satu video dia bersama seorang lelaki dengan tidak berbaju yang mengundang pelbagai spekulasi di media sosial. Meskipun begitu, Khai Bahar tidak terkesan dengan situasi yang berlaku.


Menurut Khai atau nama sebenarnya Muhamad Khairul Baharudin, 22, meskipun mendapat pelbagai reaksi dan kritikan berhubung video berkenaan namun dia tidak mengambil serius kata-kata negatif dilemparkan kerana dia menyedari tidak membuat sebarang kesalahan.
“Tidak dinafikan video yang tersebar itu memang video saya dan kawan tetapi ia bukanlah seperti apa yang disangka oleh sesetengah pihak.
“Saya tidak kisah dengan apa yang orang hendak kata kerana paling penting saya tahu situasi sebenar dan ia tidak memberi kesan kepada saya,” katanya.
ARTIKEL MENARIK:- Niat Hendak Baiki Mesin Basuh Rosak Bertukar Tragedi! Lihat Apa Yang Jadi Pada Lelaki Ini

Tambah Khai, keluarga termasuk ibu-bapanya turut mengenali rakan lelakinya itu dan mereka mengetahui isu yang sedang melanda kini.
“Keluarga tidak terkejut kerana mereka kenal kawan saya itu dan sebenarnya tiada apa-apa isu pun,” ujarnya.
Dalam pada itu, Khai menyangkal dakwaan kononnya dia berkelakuan tidak senonoh dengan temannya itu selain menganggap ia tuduhan dengan niat jahat.
“Kalau betul saya buat perkara seperti dikatakan, itu dosa saya dengan Allah tetapi saya tidak akan mengaku apa yang dituduh itu kerana ia sama sekali tidak benar.
“Jujur saya tidak tahu siapa dalang penyebaran gambar berkenaan dan apa agenda disebaliknya tetapi saya tidak tolak kemungkinan ia kerana rasa tidak puas hati dengan pencapaian saya sekarang,” ujarnya.

Menjelaskan tentang video berkenaan, Khai berkata, ia diambil sekitar tahun lalu ketika berada di rumah kakak angkatnya dan ketika kejadian rakan-rakan lain turut berada di rumah sama.

Sementara itu, Khai berkata, kontroversi berkenaan tidak menganggu proses rakaman single pertamanya malah isu berkenaan membuatkannya lebih bersemangat untuk berjaya dalam bidang seni.

Malah syarikat rakamannya, NAR Records turut memberi sokongan penuh kepadanya dalam mengharungi episod sukar dikala karier nyanyiannya baharu sahaja bermula.

Nama Khai mula menjadi sebutan apabila nyanyiannya secara maya bersama Siti Nordiana menerusi aplikasi Smule menjadi viral di laman sosial.

Video nyanyian lagu Memori Berkasih tersebut juga mendapat sebanyak lebih 1 juta tontonan di YouTube sejak ia dimuat naik selepas beberapa hari.

Berang Dicop 'GAY' Selepas Video Tersebar, Ini Komen MENUSUK KALBU Khai Bahar Buat Netizen Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.