Wednesday, June 15, 2016

Bakal Nikah Selepas Aidilfitri, Saharul Ridzwan DEDAH Identiti Bakal Isteri!

Pelakon Saharul Ridzwan mengambil sikap mengunci mulut daripada mendedahkan perincian perkahwinannya dengan seorang ahli perniagaan yang dikatakan bakal dilangsungkan selepas Aidilfitri ini. 

Katanya, dia merahsiakan tarikh serta lokasi majlis pernikahan mahu pun resepsi demi kebaikan semua pihak, selain enggan dilihat terlampau beriya-iya menunggu hari bahagia. 
"Cukuplah setakat ini orang tahu yang saya akan kahwin selepas raya nanti. Tarikh atau lokasi memang belum dapat didedahkan hingga masanya tiba. Lagipun saya tidak mahu terlalu beriya-iya kerana kita sekadar merancang, Tuhan yang menentukan. 
"Dari segi persiapan segala-galanya hampir selesai malah saya sendiri sudah sedia memikul tanggungjawab sebagai suami terutama dari segi bimbingan kerohanian," katanya.

Ditanya mengenai wanita yang berjaya menambat hati, Saharul yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa pelakon termasuk Mia Ahmad hanya mendedahkan bakal isterinya adalah insan yang sudah lama dikenali. 
"Identiti atau usianya biarlah rahsia. Apa yang boleh saya katakan adalah orangnya cantik, berbudi bahasa serta berhijab dan selebihnya biarlah diketahui apabila tiba harinya nanti," katanya. 
ARTIKEL MENARIK:- Didakwa Gadis Bertatoo Kekasih Abang Long Fadhil, Ini Komen 'Makan Dalam' Beliau Buat Semua SENTAP!!!


Selain sibuk di lokasi penggambaran, dia memaklumkan tidak menang tangan menjalankan perniagaan biskut raya bersama teman baiknya, Aryl Falak untuk tahun kedua sepanjang Ramadan ini. 
"Tahun ini kami lebih sibuk apabila turut menjual serunding. Selain promosi di laman sosial, kami membuka gerai jualan di beberapa festival Ramadan dan Syawal dengan bergilir menjaga gerai dibantu beberapa petugas.

Semoga segala perancangan dan persiapan Saharul dan pasangan berjalan dengan lancar dan kekal hingga hingga ke akhir hayat.

Bakal Nikah Selepas Aidilfitri, Saharul Ridzwan DEDAH Identiti Bakal Isteri! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.