Monday, June 20, 2016

Bakal Bergelar Bapa, Fahrin Ahmad DEDAH Jantina Anak!

Setiap pasangan selebriti yang mendirikan rumah tangga pastinya teruja menantikan kelahiran cahaya mata mereka yang bakal tiba. Lebih-lebih lagi jika sudah mengetahui status jantina bayi tersebut. Ada orang ingin jadikan ianya kejutan buat peminat, tetapi bagi Fahrin Ahmad, beliau lebih gemar berkongsi berita itu kepada umum, dimana beliau juga mendedahkan jantina anaknya iaitu lelaki.
“Saya tidak pasti kenapa ada orang suka berahsia mengenai jantina anak mereka tetapi pada saya apabila doktor sudah megesahkan jantina bayi itu tiada salahnya untuk kita berkongsi. Mungkin bagi mereka yang berbuat demikian mempunyai sebab yang tersendiri tetapi bagi saya, saya sedia untuk berkongsi kerana ia bukan sesuatu yang perlu menjadi rahsia”
“Mana-mana lelaki yang bakal bergelar bapa akan teruja dan begitu juga dengan saya tetapi persediaan menyambut bayi itu lebih kepada kewangan pada ketika ini. Maklum sahajalah ia memerlukan perbelanjaan besar dan untuk membeli barang anak masih belum berkesempatan dan Insya-Allah dalam masa terdekat ini,” katanya.

Sementara itu, selain menantikan kehadiran cahaya mata pertama mereka, Fahrin akui kedatangan bulan Ramadhan pada tahun ini memberikan seribu makna buatnya apabila ianya juga adalah kali pertama bagi beliau dan isteri menyambut bulan puasa bersama. Bagaimanapun katanya lagi, sambutan dibuat secara sederhana sahaja, asalkan sentiasa dapat bersama.



Terdahulu, pada awal April lalu, Fahrin sendiri telah mengumumkan berita kehamilan isterinya, Elena Hani dan berkongsi kegembiraannya yang akan menjadi bapa tidak lama lagi kepada peminat. Dan kini usia kehamilan Elana sudah memasuki enam bulan dan bakal menimang cahaya mata lelaki yang dijangka bersalin pada Oktober depan.


Tak kisahlah lelaki ke perempuan, janji anak yang dilahirkan itu berada dalam keadaan sihat sempurna, betul tak? Buat Elena Hani, semoga dipermudahkan segala urusan sehingga proses kelahiran. 

Bakal Bergelar Bapa, Fahrin Ahmad DEDAH Jantina Anak! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.