Thursday, June 30, 2016

Anak Umur 10 Tahun KANTOI Dengan Ibu Selepas 'Check' Telefon Bimbit, Hampir Jadi Mangsa Lelaki Pedofilia

Kes lelaki pedofilia baru-baru ini menjadi bualan hangat dan viral di laman sosial. Ramai yang berang dengan keadaan tersebut. Mana tidaknya, ramai kanak-kanak Malaysia yang menjadi mangsa serangan seksual sehingga Ibu Bapa Lepas Kemarahan Di FB Selar Jenayah Seksual Lelaki Pedofilia Terhadap Kanak-Kanak. Bagaimanapun Lelaki Pedofilia Penjenayah Seksual Kanak-Kanak Akhirnya Terima Habuan Lumayan Dari Mahkamah!

Terkini pula seorang ibu bernama Nurulainey Ab Halim melalui satu posting di laman Facebooknya meluahkan rasa marah dengan kejadian yang menimpa anaknya berumur 10 tahun.

Semuanya tercetus selepas beliau memeriksa telefon bimbit anaknya itu dan menemui sesuatu yang amat mengejutkan di mana anaknya hampir menjadi mangsa lelaki pedofil.


Berang dengan keadaan itu, beliau bertindak memuatnaik perbualan antara lelaki hidung belang berkenaan dengan anaknya dimana lelaki itu dilihat sedang mengumpan anak lelakinya itu untuk diberikan permianan game PSP jika dia berikan gambar kemaluannya.


Pedofil berkenaan didapati memulakan perbualan bersama mangsa Februari lepas dan berakhir pada Jun selepas 'kantoi' dengan ibu mangsa.

Jom kita baca 'screenshot' yang dimuatnaik oleh puan Nurulainey di mana perbualan lelaki berkenaan dan anaknya.

























Beliau dalam pada itu, menasihatkan orang ramai dan juga ibu bapa di luar sana supaya lebih berhati-hati dan memantau segala aktiviti anak masing-masing terutamanya melibatkan media sosial.

Menurutnya lagi, tindakannya yang memberi telefon bimbit kepada anak seawal usia 10 tahun turut dikecam namun baginya tindakan memberi telefon bimbit kepada anaknya adalah kerana soal keselamatan kerana katanya kehidupan pada masa kini yang mencabar membuatkan kedua ibu bapa perlu bekerja, jadi masa anak-anak di rumah semasa keluar bekerja tidak dapat dipantau, jadi baginya telefon bimbit adalah alat komunikasi terbaik.

Anak Umur 10 Tahun KANTOI Dengan Ibu Selepas 'Check' Telefon Bimbit, Hampir Jadi Mangsa Lelaki Pedofilia Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.