Thursday, June 30, 2016

Anak Pakcik Ada 8 Orang, Sorang Pun Tak Balik Tengok Pakcik - Luahan SEBAK Pasti Berderai Airmata!!!

Dalam pada kita bergembira bersama keluarga tercinta, ditambah pula hari raya bakal menjelang tidak lama lagi dan masing-masing menunggu anak pulang ke kampung, masih ada lagi ibu bapa sebenarnya yang sedih menunggu kepulangan anak-anak yang entah balik, entah tidak. Kalau yang masih ada pasangan, dapatlah juga menyembang tapi kalau tak? Harapkan anak-anak tapi tak ada seorang pun yang bertanya khabar.


Baru-baru ini, sekumpulan anak-anak muda memberi bantuan kepada seorang pakcik yang hanya tinggal seorang diri di sebuah rumah yang agak usang.

Perbualan antara saudara Aznan Abdul Latiff dengan Pakcik :

Pakcik apa khabar?,” saya memulakan bicara.
“Ini ada sedikit sumbangan buat pakcik.”

Pakcik itu menjawab salam kami dan mengambil barang yang diberikan. Kemudian beliau masuk sebentar ke dalam rumah untuk menukar pakaian disebabkan beliau hanya bertuala lusuh sewaktu kami sampai tadi.

Kemudian pakcik keluar. Sekali lagi saya terus bertanyakan khabar pada pakcik tu.
“Pakcik sihat? Pakcik duduk sorang aje ke?”
“Pakcik sihat. Anak ini datang dari mana?”


Saya pun menerangkan kami dari mana dan tujuan kami datang. Terpancar sedikit senyuman di raut wajah tua pakcik tu apabila disapa dengan ramah oleh kami ketika berbual.
Saya terus menanyakan soalan lagi, bagi memesrakan keadaan.

Saya bertanya lagi, “anak pakcik tak balik ke?”
Seketika itu juga wajah pakcik tu berubah.

“Anak pakcik ada 8 orang. Sorang pun tak balik tengok pakcik. Apalah nasib pakcik ni,” luahnya.
Kami terus terdiam.

Dan ketika itu jugalah pakcik tu angkat tangan dan berdoa di depan kami.
“Ya Allah, kau cabutlah nyawaku. Dah tak ada gunanya lagi aku hidup. Kau matikanlah aku Ya Allah.”

Kelihatan genangan air mula berkumpul di kelopak mata pakcik tua itu. Kami sedikit tersentak dengan apa yang kami dengar daripada mulut pakcik tu. Tergamam juga melihat keadaan pakcik ketika itu.

Kami kaku seketika. Seorang bapa begitu sedih sehingga meminta Allah mencabut nyawanya kerana sudah lama anaknya tidak pulang ke rumah.

Anak-anak muda ini cuba menenangkan dan beri sedikit nasihat kepada pakcik ni.

Semoga anak-anak pakcik ini sedar akan bapa mereka yang hidup sendirian di kampung. Sama-sama kta doakan yang terbaik buat pakcik ni.

Anak Pakcik Ada 8 Orang, Sorang Pun Tak Balik Tengok Pakcik - Luahan SEBAK Pasti Berderai Airmata!!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.