Tuesday, June 21, 2016

Aida Aris Beri Penjelasan Isu Didakwa Mendera Anak Tiri

Pelakon Aida Aris menjelaskan tiada sebarang bukti terhadap dakwaan kononnya dia melakukan penderaan terhadap dua anak tirinya yang tinggal bersama dia dan suami sejak mereka berkahwin enam tahun lalu.

Menurut Aida, 43, suaminya juga sudah menyerahkan dua anak tirinya itu kepada bekas isteri agar tidak timbul sebarang masalah melibatkan hak penjagaan.
"Saya terkejut apabila dituduh mendera anak tiri dan perkara itu sebenarnya tiada sebarang bukti yang sah daripada doktor mengatakan saya telah melakukan perbuatan berkenaan.
"Disebabkan tidak mahu timbul sebarang masalah melibatkan hak penjagaan anak, suami saya telah serahkan kedua-dua anaknya itu kepada bekas isterinya yang kini berada di Kedah," ujar Aida.

Aida diminta mengulas tentang gosip yang mendakwa dia telah mendera anak tirinya pada akhir tahun lalu.

Tambah Aida, tuduhan yang dilemparkan terhadapnya itu mempunyai tujuan tertentu khususnya mengenai hak penjagaan anak.
"Saya ada baca laporan polis yang dibuat bahawa saya telah mendera anak-anak tiri saya sehingga berdarah, namun tiada sebarang bukti perubatan.
"Jika saya tidak bersalah, saya boleh saman malu pihak berkenaan," ujarnya.

Bagaimanapun, Aida berkata, perkara tersebut tidak menjejaskan hubungan dia dengan anak-anak tirinya itu.

Sementara itu, Aida turut mengakui ia merupakan salah satu ujian buat dirinya dalam melayari alam rumah tangga yang dibina sejak enam tahun lalu.


Untuk info, Aida Aris sah bergelar isteri kepada Ketua Pramugara Malaysia Airlines Berhad iaitu Husfarid Shaikh Ali @ Shaikh Hussain pada 4 September 2010.


Aida yang belum dikurniakan cahaya mata turut mengakui ada menyimpan hasrat untuk mengambil anak angkat.
"Enam tahun kami belum diberi rezekikan cahaya mata, dalam hati memang ada menyimpan hasrat untuk ambil anak angkat.
Saya ada bertanya rakan-rakan terdekat jika ada yang mahu memberi saya seorang anak angkat untuk dijaga.
"Tapi belum lagi berkesempatan untuk menjalani prosuder yang betul penggambilan anak angkat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat," ujarnya.

Aida Aris Beri Penjelasan Isu Didakwa Mendera Anak Tiri Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.