Saturday, May 14, 2016

Yatt Hamzah Kongsi Berita Gembira

Setelah hampir 3 bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Yatt Hamzah pada Jumaat mengesahkan sedang hamil dua bulan hasil perkahwinan keduanya dengan juruvideo, Mohammad Zulfadhli Khiruddin, 26.


Menurut Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, 36, dia menyedari tentang kehamilannya pada tiga minggu lalu dan kini memasuki bulan kedua.
"Alhamdulillah, saya disahkan hamil anak kedua ini pada tiga minggu lalu dan kini sudah memasuki bulan kedua.
"Setakat ini kandungan agak manja sikit dan saya hanya makan di rumah sahaja kerana tidak boleh makan di luar," ujarnya.

Sementara itu Yatt berkata, dia bersyukur dengan rezeki cahaya mata tersebut dan mengakui sudah lama menunggu untuk menambah zuriat sejak kelahiran anak pertama menerusi perkahwinan terdahulu iaitu Suci Hanania Malika yang kini berusia 6 tahun.
"Saya bersyukur kerana memang sejak kelahiran Suci enam tahun lalu saya sentiasa berdoa untuk diberikan cahaya mata kedua dan sekarang pada perkahwinan kedua ini Allah makbulkan doa saya.
"Bukan saya sahaja, malah Suci orang yang paling gembira untuk mendapat adik. Dia yang banyak mengingatkan saya agar berhati-hati," ujarnya.
Yatt Hamzah bersama suami, Mohamad Zulfadhli.
Dalam pada itu Yatt berkata, menerusi kandungan kedua ini dia lebih berhati-hati terutama apabila diberitahu terdapat sedikit pendarahan.
"Saya dinasihatkan untuk lebih banyak berehat kerana doktor beritahu ada sedikit pendarahan dan perlu berhati-hati," ujarnya.
Untuk makluman, Yatt sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdul Mutalib Shukor pada 29 Mac 2009, namun bercerai pada 25 Ogos 2015.

Yatt Hamzah Kongsi Berita Gembira Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.