Wednesday, May 4, 2016

Wanita Lahirkan Bayi Gergasi Seberat 5.9 Kg, Cipta Rekod Bayi Terberat Di Australia!

Perth, 3 Mei: Seorang ibu terkejut selepas dia berjaya melahirkan seorang bayi 'gergasi' seberat 5.9 kg, sekaligus menjadi antara bayi terberat yang pernah dilahirkan di Australia.


Bayi lelaki itu berjaya dilahirkan melaui pembedahan di Kampus Kesihatan Joondalup pada petan Sabtu.


Ibu, Breanna Sykes, berkata pada mulanya doktor cuba untuk membantu melahirkan bayi itu secara normal namun gagal setelah bayi terbabit didapati terlalu besar.


Pada mulanya, doktor hanya menjangka bayi itu seberat 4 kg dan tidak menyangkan bayi itu keluar bersama berat enam kg.
“Selepas beberapa jam berusaha melahirkan anak saya secara normal, doktor akhirnya mengambil keputusan untuk membuat pembedahan selepas mendapati bayi ini terlalu besar.
“Doktor bimbang tulang pelvis saya mungkin akan patah jika saya melahirkan bayi ini secara normal,” katanya.
“Doktor juga terkejut kerana dia tidak pernah menyambut bayi sebesar itu sepanjang 15 tahun dia bertugas sebagai doktor,” jelasnya.
 

Wanita Lahirkan Bayi Gergasi Seberat 5.9 Kg, Cipta Rekod Bayi Terberat Di Australia! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.