Sunday, May 8, 2016

Viral Gambar Nikah, Najwa Latif Tampil Beri Penjelasan

Menjadi viral di laman sosial dengan sekeping gambar kononnya Najwa Latif berkahwin. Bagaimanapun Najwa Latif menafikan hal tersebut adalah tidak benar.



Terkejut juga kerana (wanita itu) ada iras sedikit dengan saya. Tetapi saya belum kahwinlah. Sebenarnya saya sudah lihat gambar itu sejak tahun lalu. Tetapi apabila diamati semula, kami tidaklah begitu seiras”
“Mungkin gaya senyumannya yang membuatkan wajah kami seakan-akan serupa,” kata Najwa. 

Selain menyifatkan perkara tersebut sebagai sesuatu yang lucu, Najwa juga mengakui bahawa sudah terlihat gambar tersebut pada tahun lalu.


Apa pun, pemilik gambar berkenaan yang dikenali sebagai Noreen juga tampil memberi penjelasan di laman sosial Twitter, dengan menyatakan bahawa wanita dalam gambar itu adalah dirinya, bukan Najwa. Tapi’kan, sebenarnya memang nampak seiras bagi kami.

Viral Gambar Nikah, Najwa Latif Tampil Beri Penjelasan Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.