Thursday, May 26, 2016

(VIDEO) Pemandu Range Rover Mengamuk Rempuh Kereta Jaguar, Punca Sebenar Didedahkan!

China - Seorang wanita di Xiamen ditahan selepas bertindak merempuh sebuah kereta Jaguar enam kali menggunakan kereta Range Rover miliknya.

Apa yang lebih menjadikan kejadian itu pelik adalah apabila orang ramai yang berada di kawasan sekitar mula bersorak supaya pemandu kereta Range Rover itu terus merempuh Jaguar tersebut.


Menurut Shanghaiist, kejadian berpunca dari perasaan tidak puas hati pemandu Range Rover itu disebabkan kes penipuan kewangan yang melibatkan pemilik Jaguar itu dan ibunya.

Kemarahan wanita itu semakin membuak apabila pemilik Jaguar itu dengan sengaja meletakkan kereta dalam keadaan menghalang laluan keretanya.


Bosan menunggu pemilik kereta Jaguar itu datang, wanita tersebut mengambil keputusan untuk melepaskan perasaan marah pada kereta itu.

Dengan perasaan marah, dia merempuh Jaguar itu enam kali, disemarakkan lagi dengan jeritan orang ramai yang memberi 'sokongan' kepadanya dengan berkata "Kuat Lagi".

Siap ada yang tepuk tangan lagi.

(VIDEO) Pemandu Range Rover Mengamuk Rempuh Kereta Jaguar, Punca Sebenar Didedahkan! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.