Saturday, May 28, 2016

(VIDEO) Padah Persendakan Umat Islam, Vivian Lee Dijatuhkan Hukuman Mahkamah

Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap Vivian Lee selepas didapati bersalah atas tuduhan menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman sosial Facebook yang mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan, tiga tahun lalu.

Hakim Abdul Rashid Daud memutuskan demikian selepas mendapati pembelaan bekas teman wanita penulis blog kontroversi Alvin Tan itu gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah.

ARTIKEL MENARIK:- Kecoh Wanita Bertudung Menjual Nasi Uduk Babi Buncit, Pemilik Restoran Akhirnya Ambil Tindakan Di Luar Jangkaan!


Hakim bagaimanapun membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi. 

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa bersama-sama bekas teman lelakinya menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman sosial Facebook “Alvin dan Vivian-Alvivi” iaitu gambar dan komen bertajuk Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh... wangi, enak, menyelerakan!) mengandungi logo halal dan ayat-ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.


Kesalahan tersebut dilakukan pada pukul 9 pagi, 13 Julai 2013 dan pertuduhan dikemukakan mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya. 

Sepanjang perbicaraan, Alvin tidak hadir kerana telah melarikan diri ke Amerika Syarikat (AS). 

Sumber Utusan Online

(VIDEO) Padah Persendakan Umat Islam, Vivian Lee Dijatuhkan Hukuman Mahkamah Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.