Monday, May 30, 2016

(VIDEO) Lelaki Berkulit Hitam Bertukar Menjadi Putih Setelah 'Dicuci' Dikecam Netizen!

Satu video strategi pemasaran sebuah jenama sabun tempatan yang menampilkan wanita ‘mencuci’ seorang lelaki berkulit hitam di China, telah mendapat kecaman hebat dalam kalangan netizen kerana seolah-olah mempromosikan unsur perkauman.

Video yang mencetuskan fenomena menerusi laman sosial Weibo itu menerima pelbagai kritikan dan turut mengundang tuduhan bahawa rakyat negara itu begitu taksub dengan warna kulit cerah.


Menerusi iklan berdurasi 50 saat, seorang lelaki dilihat sedang cuba memikat seorang wanita China, namun wanita itu memanggilnya dan kemudian memasukkan sabun basuh ke dalam mulut lelaki itu.

Wanita itu kemudian memaksanya lelaki berkenaan masuk ke dalam mesin cuci dan “dibasuh” sebelum keluar semula dan bertukar menjadi seorang lelaki tipikal China yang berkulit cerah.

ARTIKEL MENARIK:- Siapakah Sebenarnya Lelaki Mirip Tun M Ini? PENDEDAHAN EKSKLUSIF DIBONGKAR!

Iklan komedi tersebut dianggap berbaur rasis waima menjadi viral menerusi beberapa laman sosial antarabangsa termasuk Facebook.

“Kakitangan pemasaran di China tak diajar tentang bangsa?” kata seorang netizen tempatan.

“Kalau anda tak faham mengapa iklan ini rasis, tahniah. Anda seorang rasis,” kata seorang pelayar Weibo.

(VIDEO) Lelaki Berkulit Hitam Bertukar Menjadi Putih Setelah 'Dicuci' Dikecam Netizen! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.