Thursday, May 12, 2016

TRAGIS! Hasrat Buat Majlis Tahlil Tidak Kesampaian, Warga Emas Ditemui Rentung Dalam Kebakaran

LABIS - Hasrat seorang warga emas di Felda Chemplak, di sini, untuk mengadakan kenduri tahlil untuk arwah suaminya Sabtu ini tidak kesampaian selepas dia ditemui rentung dalam kebakaran di rumahnya, malam semalam.


Shafiee Leman, 47, berkata, dia hanya mengetahui kejadian malang yang menimpa ibunya, Wagiam Wongso, 84, selepas dihubungi oleh salah seorang jiran ibunya kira-kira pukul 11 malam.
"Saya kemudian terus menghubungi salah seorang adik yang tinggal di Felda Redong dan memintanya pulang ke kampung sebelum saya sendiri bergegas dari rumah di Simpang Jabi dengan keadaan yang tidak keruan.
"Setibanya saya di sana, luluh hati melihat rumah peninggalan arwah bapa sudah hangus dijilat api dan ketika itu bomba sedang bertungkus lumus memadamkan api dan saya dimaklumkan keadaan badan emak memang 100 peratus hangus," katanya.
Artikel menarik:- MESTI CUBA! Tips Dan Petua Mudah Jika Ingin Suami LEBIH Sayangkan Anda

Menurutnya, emaknya hanya tinggal seorang diri di rumah tersebut selepas arwah bapanya, Leman Noor meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Katanya, kali terakhir dia berjumpa ibunya adalah pada hari Selasa lalu ketika membincangkan persiapan kenduri tahlil arwah bapanya bersama adik beradiknya yang lain.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Labis, Mohd Taha Husian berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan mengenai kejadian tersebut pada pukul 11.10 malam sebelum enam anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke kawasan kejadian.

Menurutnya, pihaknya juga turut menerima bantuan daripada Balai Bomba Bandar Putra  dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan mayat mangsa dibawa ke Rumah Mayat Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh warisnya.

Sumber Sinar Harian

TRAGIS! Hasrat Buat Majlis Tahlil Tidak Kesampaian, Warga Emas Ditemui Rentung Dalam Kebakaran Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.