Saturday, May 28, 2016

TRAGIS! Hasrat Berbulan Madu Tak Kesampaian, Pengantin Baharu Terbunuh

Seorang wanita British yang sedang berbulan madu bersama suaminya terbunuh selepas terlibat dalam nahas bot laju di Thailand.

Monica O'Connor dari Manchester melancong bersama suaminya, Tim ke Koh Samui, sebelum bot yang membawa 30 penumpang lain itu karam.


Antara warga asing yang terkorban ialah seorang lelaki Jerman dan wanita dari Hong Kong. Bagaimanapun suami wanita berusia 28 tahun itu dilapor terselamat dalam nahas tersebut.

Beberapa hari sebelum kejadian, pasangan berkenaan mengadakan majlis perkahwinan yang dimeriahkan oleh rakan dan keluarganya.


Kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 4.30 petang waktu tempatan.

Selain pasangan Monica, satu lagi pasangan pengantin baharu turut terlibat dalam kemalangan itu.


Bagaimanapun Parnell dan isterinya Puja (gambar bawah) terselamat tanpa sebarang kecederaan.


Sumber Mstar Online

TRAGIS! Hasrat Berbulan Madu Tak Kesampaian, Pengantin Baharu Terbunuh Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.