Wednesday, May 18, 2016

TERKINI! Pihak JKM Berjaya Mengesan Ibu Kandung Kanak-Kanak Dirantai Di Tangga

KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah dapat mengesan ibu kandung kepada kanak-kanak lelaki yang diikat dengan rantai besi tanpa pakaian oleh bapanya di tangga sebuah flet di Paya Terubong, Pulau Pinang, Sabtu lalu.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim ketika mengesahkan perkara itu, pihak JKM sudah berjaya mendapatkan alamat wanita berkenaan di Air Itam, Pulau Pinang dan berusaha mengadakan pertemuan dengannya, petang ini. 
"Pegawai JKM akan cuba berbincang dan mencari jalan penyelesaian mengenai penjagaan kanak-kanak berkenaan. 
"Sebaik-baiknya kanak-kanak itu dipelihara dan dijaga keluarganya daripada menyerahkannya kepada institusi (kebajikan)," katanya pada sidang media di Maktab Polis Cheras di sini, sebentar tadi.

Beliau sebelum itu menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Seminar Pegawai Kanan Polis Wanita 2016 yang turut dihadiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.


Rohani berkata, kanak-kanak berkenan masih trauma dan kini berada di Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan serta kaunseling oleh JKM bagi memulihkan emosinya.

Difahamkan, pemeriksaan mendapati mangsa adalah kanak-kanak hiperaktif dan ditinggalkan dengan bapanya sejak berusia lapan bulan. 

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki yang dalam keadaan bogel, diikat dengan rantai besi di tangga rumahnya selama lima jam oleh bapanya sebagai hukuman kerana nakal.

Sumber Berita Harian

TERKINI! Pihak JKM Berjaya Mengesan Ibu Kandung Kanak-Kanak Dirantai Di Tangga Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.