Thursday, May 26, 2016

TAKZIAH! Jue Aziz Keguguran, Sedar Selepas Dimaklumkan Tukang Urut

Pelakon Jue Aziz telah mengalami keguguran pada tiga bulan lalu ketika usia kandungan yang masih baru.

Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz, 33, berkata, dia menyedari keguguran tersebut selepas diberitahu oleh seorang tukang urut yang bertanya tentang kandungannya.
"Saya keguguran tiga bulan lalu dan perkara itu disedari oleh orang yang mengurut saya kerana dia bertanya sama ada saya pernah keguguran atau tidak.
"Saya akui ada berlaku pendarahan dan saya sangkakan ia hanya ketulan darah haid sahaja dan tidak pun ke klinik namun ia adalah keguguran awal kandungannya," ujar Jue.

Jue berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan Royal Glow, yang diadakan Restoran Talent Lounge, di sini, Rabu.


Jue berkahwin dengan pemuzik Indonesia Bayu Pramana Putra Achmal pada 9 Mac 2014.


Pasangan ini mengambil seorang anak angkat iaitu Dawrish Naufal yang kini berusia 4 tahun.

Sementara itu, Jue mengakui dia berasa sedih dan tertekan setalah menerima berita tersebut kerana terlalu mengharap untuk mendapat cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangganya.
"Sudah tentu saya rasa sangat sedih bila dapat tahu saya sudah keguguran tapi nak buat macam mana terpaksa reda kerana ia adalah ujian daripada Allah.
"Saya akan terus berusaha untuk itu dan saya harap dapat mengandung sekali lagi dalam masa terdekat. Saya juga elakkan diri daripada rasa tertekan dan terlalu aktif," ujarnya.
 

TAKZIAH! Jue Aziz Keguguran, Sedar Selepas Dimaklumkan Tukang Urut Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.