Sunday, May 15, 2016

TAHNIAH! Nad Zainal Kongsi Gambar Kini Sedang Hamil

Setelah terdahulu bermain dengan teka teki apabila enggan mengulas isu didakwa hamil, pelakon Nad Zainal akhirnya membuat satu kejutan. Sekeping gambar telah dikongsi menerusi laman Instagram miliknya. Dilihat Nad kelihatan manis sekali berbaju kurung biru yang menampakkan perutnya yang semakin membesar. 

Tahniah diucapkan buat Nad Zainal. Dikhabarkan usia kehamilannya kini mencecah 18 minggu.



Melalui perkongsian gambar tersebut, rata-rata peminat Nad mula membanjiri laman sosial pelakon itu dengan ucapan tahniah dengan berita gembira itu malah ada juga diantara mereka meluahkan rasa teruja dan tidak sabar menantikan anak pertama selebriti kesayangan mereka itu.


Apa pun, semoga kesihatan Nad dan bayi terjaga dengan baiknya dan diharapkan segala yang dirancang akan berjalan dengan lancar serta dipermudahkan olehNya. Pasti kehadiran bayi pertama ini dapat menceriakan lagi kehidupan pasangan merpati dua sejoli ini.

TAHNIAH! Nad Zainal Kongsi Gambar Kini Sedang Hamil Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.