Thursday, May 5, 2016

SWEET! Anzalna Nasir Kongsi Kehidupan Selepas Nikah

Lebih kurang 3 bulan mendirikan rumah tangga, pelakon jelita Anzalna Nasir memberitahu dia kini lebih bahagia selepas bergelar seorang isteri.
“Seronok sangat sampai tak nak masuk kerja, berbulan madu pun tak habis lagi dan rasa tak sanggup berjauhan. Alam perkahwinan sangat bahagia dan indah rupanya,” katanya yang ditemui di Majlis Pelancaran Koleksi Raya Cosry.


Tambahnya lagi, dia juga bertuah kerana suaminya, Hanif Zaki tidak cerewet.
“Alhamdulillah Hanif tidak cerewet dalam soal pemakanan dia seorang yang senang,” katanya lagi.

Bagaimanapun, menurut Anzalna dia masih lagi aktif dalam bidang seni kerana akan memasuki set penggambaran selepas raya. Sementara itu, dalam perkembangan lain dia juga sibuk menguruskan bisnesnya sendiri.

SWEET! Anzalna Nasir Kongsi Kehidupan Selepas Nikah Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.