Tuesday, May 10, 2016

Susulan Wanita Mengamuk Di Sebuah Masjid, Mahkamah Ambil Tindakan Yang Mengejutkan!

Mahkamah Majistret di sini, hari ini mengarahkan seorang wanita mendapatkan rawatan mental selama sebulan di Hospital Bahagia Ulu Kinta kerana didakwa mengucapkan kata-kata menghina Nabi Muhammad di kawasan sebuah masjid minggu lalu.

Ejen insurans, Tham Yut Mooi, 45, dituduh melakukan kesalahan itu kira-kira jam 5.30 petang, 4 Mei lalu di Masjid Abu Ubaidah, Taman Perpaduan Tambun dengan mengucapkan kata-kata menghina Nabi Muhammad. Dia dituduh mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum setahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.



Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Kantonis oleh jurubahasa mahkamah dan mohon dibicarakan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan manakala tertuduh diwakili peguam, WC Chiang.

Terdahulu, Fadhli memohon mahkamah menghantar tertuduh mendapatkan rawatan mental bagi menentukan dua perkara iaitu sama ada dia boleh membuat pengakuan bersalah atau sebaliknya dan sama ada tertuduh waras ketika melakukan kesalahan.

Mahkamah menetapkan 9 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan memerintahkan tertuduh menjalani rawatan selama sebulan mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Susulan Wanita Mengamuk Di Sebuah Masjid, Mahkamah Ambil Tindakan Yang Mengejutkan! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.