Wednesday, May 4, 2016

SubhanaAllah!! Baru Jer Peluk Islam, Lihat Apa Yang Terjadi Kepada Nina Grace Kini

Kehadiran pendakwah terkenal ke Malaysia iaitu Dr Zakir Naik telah menarik ramai orang bukan muslim untuk memeluk Islam. Salah seorang yang menjadi viral baru-baru ini adalah (VIDEO) Detik Bermakna Gadis Kristian, Nina Grace Peluk Islam Dalam Ceramah Dr Zakir Naik! Apa yang menarik berlaku selepas itu pula, Kerajaan Negeri Terengganu Jadikan Nina Grace Sebagai Anak Angkat.


Berkongsi kehidupan selepas mengambil keputusan untuk memeluk Islam, menurut Nina Grace hidupnya kini lebih tenang malah turut berkongsi rasa teruja untuk menjalani Ibadah Puasa yang bakal menjelang tidak lama lagi.
“Hidup saya kini lebih tenang dan gembira menjalani kehidupan sebagai orang Islam, malah saya sangat teruja mahu menjalani ibadah berpuasa pada Ramadan akan datang,” itulah luahan seorang gadis berusia 19 tahun iaitu Nur Nina Farisha Woo Abdullah.


Gadis itu memeluk Islam dalam syarahan umum oleh pendakwah antarabangsa iaitu Dr Zakir Naik di Kemaman. Dia menyatakan dirinya pernah berpuasa bersama rakannya pada tahun 2014 dan berharap mampu menjalani ibadah itu sebaik mungkin beberapa minggu dari sekarang.

Dia merupakan pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal Pelantar Minyak di Kolej Ranaco, Kemaman menyatakan dirinya kini sedang mengikuti kelas bimbingan agama yang disediakan pihak kolej bagi mendalami asas dalam fardu ain dan al-Quran.

Nina Grace dalam pada itu menyifatkan dirinya bertuah kerana ramai yang sudi membantu beliau mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam.
“Saya bertuah kerana mempunyai ramai kawan sekolej yang sedia membantu saya untuk memahami Islam dan sedia menjawab apa sahaja soalan saya berkaitan hukum-hakam agama. Selepas ini, saya akan mengikuti kelas bimbingan agama yang disediakan kerajaan di Kemaman,” katanya.
LAGI ARTIKEL MENARIK:-



SubhanaAllah!! Baru Jer Peluk Islam, Lihat Apa Yang Terjadi Kepada Nina Grace Kini Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.