Tuesday, May 3, 2016

Scha Al-Yahya Dilabel 'Bapok', Ini Komen Awal Ashaari Buat Netizen Yang Menusuk Kalbu!

Kalau dahulu anak kepada kedua pasangan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya yang dikritik ramai ekoran ada yang mempertikai fizikal anaknya itu, kini Scha Al Yahya pula dikritik netizen.

Suami mana yang tahan bila tengok insan tersayang dihina macam tu kan begitu juga bagi Awal Ashaari yang nyata kurang senang dengan hinaan tersebut apalagi bagi empunya badan Scha Al Yahya.




Scha Al Yahya dikritik netizen apabila sebuah video dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya dengan niat berkongsi untuk menunjukkan sesi solekan sebelum sebuah acara bermula. Bagaimanapun ia bertukar menjadi medan untuk pengikutnya di laman Instagram berbalah apabila ada komen yang melabelkan hidung Scha besar dan juga dirinya kelihatan seperti bapok.


Scha dalam masa yang sama turut membalas komen tersebut dengan bersahaja dan tenang malah perkara tersebut turut membuatkan Awal Ashaari menyuarakan dan mempertahankan Scha. Tindakan Awal itu kemudiannya mendapat sokongan peminat pasangan selebriti ini.


Dalam banyak-banyak benda cantik, keburukan orang juga yang mereka nampak. Hendak dihalang, masing-masing dikatakan mempunyai kebebasan untuk bersuara. Apa pun, pastinya Scha mahupun Awal sudah lali dengan perkara sebegini namun kesabaran manusia juga ada batasnya.

LAGI ARTIKEL MENARIK:-


Scha Al-Yahya Dilabel 'Bapok', Ini Komen Awal Ashaari Buat Netizen Yang Menusuk Kalbu! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.