Wednesday, May 4, 2016

Rumah Tangga Dibina MUSNAH, Syanie Dedah PUNCA Penceraian!

Tidak mahu berdolak dalik lagi, pelakon Syanie atau nama sebenarnya Syaniza Hisham akhirnya menjelaskan bahawa dia kini telah pun bercerai dengan suaminya, Nadi Putera pada 23 Februari lalu. 


Apa yang pasti, pastinya peminat tertanya-tanya dan ingin mengetahui punca sebenar penceraian namun Syanie mengambil pendekatan untuk mengunci mulut dan hanya memaklumkan mereka berpisah disebabkan sikap bekas suami yang tidak menghargai.
“Tahap kesabaran ada batasnya. Punca sebenar perceraian biarlah kami sahaja yang tahu. Cukuplah sekadar saya beritahu kami berpisah kerana sikap dia yang tidak menghargai saya sebagai isteri. Tidak perlu diungkit lagi apa yang berlaku dan telah dilakukan oleh dia (bekas suami) kepada saya”
"Apabila sampai satu masa saya sudah tidak dapat menahan sabar lagi, maka inilah sahaja keputusan dan jalan terbaik untuk kami,” katanya yang sebelum ini mengambil sikap berdiam diri.

Katanya, dia mengambil pendekatan sedemikian kerana mahu menghormati bekas ibu mertua yang meminta agar kisah perkahwinannya tidak dihebohkan walaupun selama ini ramai pihak menuding jari menyalahkan dirinya.
“Sebab itulah saya mengambil keputusan berdiam diri, namun lain pula ceritanya apabila bekas suami bertindak membuka akaun Facebook baru dengan status ‘single’, yang menyebabkan ramai pihak mula mencanang kisah rumahtangga kami”

Syanie dalam pada itu, turut memaklumkan beliau sudah serik untuk berkahwin.
“Saya tak kisah pun, tapi kalau dia sendiri tak tahu nak jaga maruah diri, buat apa saya berdiam lagi, sebab itulah sekarang ini saya bersuara dan memberi penjelasan,” ujarnya yang mengakui tidak serik untuk berkahwin lagi sekiranya bertemu jodoh.
Untuk makluman, Syanie sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama Mohd Attirmidi Abdul pada 1996 dan bercerai pada 2002. Namun, selepas 12 tahun, Syanie berkahwin dengan Nadi Putera pada 2014.

Rumah Tangga Dibina MUSNAH, Syanie Dedah PUNCA Penceraian! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.