Monday, May 2, 2016

Respon Mia Ahmad Bila Didakwa Jalin Hubungan Istimewa Dengan Penjaga Gol JDT

Jika dahulu didakwa menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon popular Saharul Ridzwan, kini Pelakon Mia Ahmad didakwa menjalinkan hubungan istimewa dengan penjaga gol JDT. Mia Ahmad bagaimanapun menafikan perkara tersebut.

Artikel menarik:- (GAMBAR) Bila Mia Ahmad Fitting Baju Kahwin, Fuhhh Bergetar Tulang Rusuk !!


Jelasnya, hubungan dengan Izham Tarmizi lebih kepada kawan dan masih terlalu awal untuk mengakui yang dia kini dalam hubungan dengan sesiapa.
“Saya tidak mahu menjadi hipokrit. Adalah terlalu awal untuk memberitahu bahawa saya sedang berada dalam satu hubungan.
“Perkara ini sebenarnya bagi saya agak privasi, tetapi apa yang boleh saya beritahu kami hanya berkawan,” katanya ketika ditemui pada majlis Anugerah Pilihan Online (APO).

Berjanji tidak akan berahsia dalam hal itu, kata Mia atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi, 28, jika benar ada cinta yang terbit antara dia dan penjaga gol tersebut, dia tidak akan teragak-agak untuk berkongsi kisah berkenaan.
“Kalau mahu kata dalam fasa berkenalan, jujurnya kami sudah kenal, cuma untuk lebih mengenali hati budi masing- masing tidak ada masa sebab sibuk.
“Mungkin status dia sebagai pemain bola sepak membuatkan orang cepat tertarik dengan kisah ini, tetapi sebenarnya tidak ada apa-apa pun, jika benar saya akan kongsi,” katanya.
 

LAGI ARTIKEL MENARIK:-



Respon Mia Ahmad Bila Didakwa Jalin Hubungan Istimewa Dengan Penjaga Gol JDT Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.