Thursday, May 12, 2016

Reaksi 'Spontan' TMJ Selepas Dakwa Talian Telefon Dicuri Dengar 'Special Branch'

Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim melalui laman Facebook JOHOR Southern Tigers di mana dalam temubual baginda telah mendakwa beliau kini dipantau anggota polis cawangan khas (SB).

Artikel menarik:- (VIDEO) TMJ Bidas kritikan Netizen Isu Bersalaman... Perghhh MENUSUK KALBU!!


Menurut Baginda, beliau sendiri tidak faham mengapa polis perlu talian telefonnya dicuri dengar dan mempersoalkan kepada pergerakannya kini dipantau oleh 'Special Branch'.
"Saya tidak faham mengapa mereka perlukan fail mengenai saya dan ayahanda saya di Bukit Aman."
"Saya hanyalah seorang yang prihatin terhadap rakyat saya. Saya bukannya pengganas. Saya tidak merbahaya. Saya tidak pernah membunuh sesiapa kecuali membunuh bola sepak Malaysia," kata Tunku Ismail dalam temubual tersebut.
Tunku Ismail sebelum adalah antara beberapa individu yang lantang menyatakan pandangan terhadap beberapa isu negara, termasuk sukan dan politik.

Reaksi 'Spontan' TMJ Selepas Dakwa Talian Telefon Dicuri Dengar 'Special Branch' Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.