Tuesday, May 17, 2016

Perghhh!!! Bukan Calang-Calang Orang... Inilah BIODATA PENUH Janna Nick Yang Ramai Tidak Tahu

Nama Janna Nick dalam industri hiburan tanah air bukanlah dianggap janggal lagi malah sering meniti di bibir peminat.

Namanya kian meningkat naik selepas drama slot Akasia TV3 bertajuk KAU AKU KITA dimana menerusi drama tersebut Janna digandingkan bersama pelakon popular Saharul Ridzwan. 


&

Meskipun begitu, drama tersebut bukanlah lakonan pertama Janna malahan sebelum ini pernah muncul dalam beberapa drama Jodoh, Jodoh 2 dan juga Pada Syurga Di Wajah Mu yang mana mungkin kemunculannya ketika itu tidak menyerlah. 

Kini pula pelakon Janna juga tidak terlepas mencetuskan kontroversi panas sekaligus namanya kini semakin dikenali ramai dan bertapak di hati peminat.


Penulis juga menjangkakan artis Malaysia, Janna Nick bakal meningkat naik selepas ini melihatkan sahaja daripada pakej yang ada pada dirinya termasuklah kelebihan yang ada pada dirinya berdasarkan biodata Janna Nick yang dikongsikan bersama dengan anda seperti di bawah ini :

Biodata Janna Nick Nurul Jannah

Nama Penuh : Nurul Jannah binti Muner
Nama Komersial : Janna Nick
Keturunan : Cina, Pakistan & Thai
Tarikh Lahir : Tahun 1995
Tempat Lahir : Sungai Petani, Kedah
Umur : 20 Tahun (2015)
Adik Beradik : Anak ke 2 daripada 4 beradik
Biodata Adik Perempuan Nurul Jannah : Nurul Balqish binti Muner (11 Tahun) diangkat menjadi School Cheerleaders.


Pendidikan Janna Nick

Sekolah Menengah : Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas, Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota (SPM)
Pencapaian Akademik : Mendapat 6A 2B+ dalam SPM


Sosial Media Janna Nick



Koleksi Drama, Telemovie Janna Nick

Drama :Puasa Oh Puasa (Astro Ceria & Maya HD), Abang Sado Jemur Kain (Iris TV3),Hidayahmu Ramadhan, , Anak Ke-5, Keluarga Karaoke, Syurga Di Wajahmu, , Syurga Nur, Jodoh, Jodoh 2,
Telemovie : Cinta Vlog (TV9 – 2012), Ikatan (RTM)


Melihatkan biodata Janna Nick dan gambar gambar Janna Nick seperti koleksi di atas ini, muda lagi sebenarnya.

Walaupun begitu, sudah dilihat peningkatan dalam kematangan penampilan dan imej diri bagi membawa watak-watak yang lebih dewasa daripada usianya yang sebenarnya. Ditambah pula melihatkan biodata Janna Nick boleh tahan juga rupanya.


Makin bertambahlah artis Malaysia yang bijak-bijak dalam industri hiburan selepas ini.

Perghhh!!! Bukan Calang-Calang Orang... Inilah BIODATA PENUH Janna Nick Yang Ramai Tidak Tahu Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.