Monday, May 2, 2016

Penjaga Gol Simpanan Melaka United Meninggal Dunia

Melaka, 1 Mei: TAKZIAH! Penjaga Gol Simpanan Melaka United DIPANAH PETIR, iaitu Marco Stefan Petrovski, 18, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Jalan Bendahara, semalam.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) Datuk Yusof Mahadi mengesahkan perkara itu.


Petrovski tidak sedarkan diri selepas dipanah petir 5 April lalu ketika menjalani latihan skuad Piala Presiden di Padang Sepuluh, Krubong. Ketika kejadian, dia menjalani latihan bersama 28 pemain di padang terbabit bermula 4 petang.

Pemain itu bermain untuk pasukan Sydney Olympic FC di Australia sebelum berpindah ke MU musim ini.

Bapanya, Marjan Petrovski dan ibunya, Marie Lupang, tiba di Malaysia dari Australia, 7 April lalu.

Penjaga Gol Simpanan Melaka United Meninggal Dunia Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.