Wednesday, May 25, 2016

Pelajar Bersikap Kurang Ajar Lempar Kad Rawatan Pada Muka Staff Undang Rasa Kesal Doktor!

Ingat tak dulu masa zaman sekolah akan ada doktor gigi dan jururawat akan datang ke sekolah check gigi kita secara percuma? Kad rawatan kita pun dah sedia mereka bawakan dari hospital. Tak dinafikan ramai yang takut dan gementar bila nak check gigi.

Tapi apa yang buat kami terkejut bila budak sekolah yang baru berusia 16 tahun sudah pandai bersikap kurang ajar dengan melempar kad rawatan pada kakitangan yang bertugas hanya kerana dia tidak mahu dirawat. Baca luahan hati doktor yang bertugas ini menerusi laman Facebook miliknya Umi Al-Hafizah Ahmad.


Hampir tidak menulis sekarang..when you're moderately anemic, pregnant, and your work is tough, the rest of the day can make you restless, but with what happened just now, I cannot help but to say something. 

Bila seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun melempar kad rawatan pada muka seorang staff saya lalu berkata " I nak buat treatment kat luar"..lalu bermain main dekat papan hitam.


Perkara yang paling sopan yang saya boleh buat adalah berkata pada dia " you go back to your class!!!, don't ever rude to my staff". Tangan saya terketar menahan marah. 

Gambar ini adalah satu lagi contoh, seorang pelajar lelaki 15 yang berkeras tidak mahu diperiksa, 3 tahun berturut. Kenapa? Menurutnya pemeriksaan gigi di sekolah tidak hygienic, berbanding di klinik swasta. Ya, barangkali kerana kami tiada bilik rawatan yang khas, hanya menumpang bilik persalinan atau makmal sains. Barangkali juga kerana portable chair kami yang boleh dilipat nampak usang sekali, barangkali juga kerana dia tidak faham istilah cold strelization, di mana peralatan pergigian direndam dalam cecair 'pembunuh kuman' dalam kepekatan tertentu, masa tertentu..tapi dia lupa, semua rawatan ini adalah percuma, dan bukan senang staff pergigian berpindah randah dari satu sekolah ke satu sekolah setiap tahun. Tapi juga..point utama nya dia juga budi bahasa itu di mana?

Barangkali caj percuma untuk golongan tertentu patut di kaji. Barangkali caj rm 1 untuk pesakit luar dan rm 5 untuk bertemu pakar patut di nilai. Kerana perkhidmatan kerajaan selalu sahaja dipandang murah dan enteng.

Saya juga sudah bosan apabila melihat sesetengah sikap rakyat kita yang memandah rendah terhadap staff Kementerian kesihatan. 

And when I say klinik kerajaan, hospital kerajaan, please..it is off political boundaries. 

And when people ask, so why don't you change job?. Saya sayang kerja ini demi Allah, dengan kerja ini, siapa tahu pada akhir sesuatu hari siapa yang benar2 perlu pertolongan dapat saya bantu.Kepuasan untuk bantu orang awam ini lain dengan kepuasan dapat duit. Saya sayang kerja ni much more than the title. Kak, adik, anak, madam, you..sis, dear..tak kisahlah dengan gelaran apa lagi, semua itu tidak penting.

Jujur juga saya kata, dengan bisnes kecilan yang saya sifatkan main- main, I can get easy 2k per month. Jadi, sekali lagi kepuasannya bukan pada duit.

Bersyukur lah. Have respect, dont easily take things for granted. 

-somewhere in KL-


Kalau pun kita taknak terima rawatan doktor yang datang ke sekolah rasanya tak perlu sampai kurang ajar dengan mereka. Hormati mereka kerana mereka berkhidmat untuk masyarakat.

Pelajar Bersikap Kurang Ajar Lempar Kad Rawatan Pada Muka Staff Undang Rasa Kesal Doktor! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.