Monday, May 2, 2016

Panduan Menunaikan Solat Sunat Istisqa' Bagi Memohon Diturunkan Hujan!

Solat Istisqa’ ialah solat sunat dua rakaat yang dilakukan bertujuan memohon kepada Allah سبحانه وتعالى menurunkan hujan bagi mengatasi kemarau panjang. Ia merupakan sunat muakkad (sangat dituntut) bagi penduduk Islam di sesuatu tempat yang telah lama mengalami kemarau, musim kering, berjerubu dan kesukaran memperolehi sumber air yang boleh mengakibatkan kesihatan terjejas, tanaman mati dan binatang ternakan kebuluran dan memerlukan air (hujan).



Rasulullah ﷺ bersabda: “Tiadalah sesuatu kaum yang mengurangi sukatan dan timbangan itu malainkan nanti Allah akan mencabut nikmat-Nya dan membuat penguasa zalim memerintah mereka. Tidak ada orang yang menahan zakat, kecuali Allah akan menahan turunnya hujan dari langit.”  Riwayat  Ibnu Majah dan Ibnu Umar.

Oleh kerana itu Rasulullah ﷺ telah mengajar umatnya agar mengerjakan solat Istisqa’, memperbanyakan doa serta istighfar (memohon keampunan) agar Allah سبحانه وتعالى akan menurunkan hujan dan mengembalikan nikmat rezeki kepada para hamba-Nya.

Kaedah Melakukan Solat Sunat Istisqa’

A)  Persediaan sebelum melakukan Solat Sunat Istisqa’:
1. Berpuasa sunat selama tiga hari.
2. Meninggalkan segala kezaliman, maksiat dan kemungkaran.
3. Melakukan Solat Sunat Taubat.
4. Beramal soleh seperti berzikir dan bersedekah.

B)  Tiga cara untuk meminta hujan turun iaitu:
1. Berdoa secara individu atau beramai-ramai.
2. Diadakan doa khas (mohon hujan) di akhir khutbah kedua Solat Jumaat.
3. Kaedah terbaik adalah mendirikan Solat Sunat Istisqa’ secara berjemaah.

Cara Melaksanakan Solat Sunat Istisqa’

1. Lafaz dan niatnya:

a) Lafaz dan niat solat sendirian:


b) Lafaz dan niat solat berjemaah:


2. Selepas membaca doa Iftitah, bacalah takbir dan tasbih berikut sebanyak tujuh kali:


3. Selepas membaca Surah Al-Fatihah, bacaan surah iringan yang disarankan adalah seperti berikut:
    Raka’at pertama:
- Surah Al-Hadid atau Surah Al-Qaaf atau Surah Al-A’la.
    Raka’at kedua:
- Surah Al-Qmar atau Al-Ghasyiyah.

4. Pada raka’at kedua, sebelum membaca Surah Fatihah, hendaklah dibaca takbir dan tasbih yang sama sebanyak lima kali lagi.

5. Sekiranya berjemaah, imam atau khatib membaca dua khutbah yang khusus untuk Istisqa’ dan memulakan khutbah pertama dengan beristighfar 9 kali manakala pada khutbah kedua dimulai dengan 7 kali istighfar.

6. Berdoa.

Doa Selepas Solat Sunat Istisqa’


Ya Allah! Berilah kepada kami cucuran dengan hujan yang lebat dan menyeluruh. Ya Allah! Siramilah kami dengan hujan dan janganlah jadikan kami orang- orang yang berputus asa. Ya Allah! Jauhkanlah hamba-Mu, negeri, binatang ternak dan semua makhluk dari kehidupan yang dalam kesempitan dan kesukaran. Tiada tempat untuk kami mengadu selain kepada-Mu. Ya Allah! Tumbuhkanlah kepada kami tanaman dan lenyapkanlah dari kami segala kelemahan. Curahkanlah kepada kami berkat dari langit dan  tumbuhkanlah kepada kami berkat dari bumi. Ya Allah! Lenyapkanlah dari kami bala dan bencana. Tiada yang dapat menyingkirkannya melainkan Dikau. Ya Allah! kami  memohon keampunan-Mu. Sesungguhnya Dikau adalah Tuhan yang Maha Pengampun! Maka turunkanlah hujan yang lebat dari langit. Ya Allah! Berilah minuman kepada hamba-hamba-Mu dan binatang ternak-Mu. Sebarkanlah Rahmat-Mu dan hidupkanlah negeri-Mu yang mati.

LAGI ARTIKEL MENARIK:-



Panduan Menunaikan Solat Sunat Istisqa' Bagi Memohon Diturunkan Hujan! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.