Wednesday, May 4, 2016

PANAS! Rakan Artis 'Bergabung' Hentam Pengkritik Hafidz Roshdi Di Instagram

Kecoh seketika di laman Instagram milik pelakon Drama Tundukkan Playboy Itu iaitu Hafidz Roshdi yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan beberapa hari lalu apabila beberapa rakan selebriti terkenal berkumpul menyelar tindakan pelayar Instagram yang dilihat mengeluarkan komen tidak 'enak' kepada pasangan pengantin itu.


Di gambar terbaharu yang dimuat naik oleh Hafidz dilihat beberapa selebriti seperti Michael Ang, Emma Maembong, Kamal Adli, Saharul Ridzwan mengkritik pelayar Instagram yang dilihat mengeluarkan komen yang tidak sopan di ruangan komen.


Tindakan artis-artis itu mendapat pujian dari orang ramai yang juga turut mengkritik tindakan pelayar terbabit yang disifatkan melampau.



Apa pun, kami ucapkan selamat pengantin baru buat Hafidz dan pasangan. Pasal komen-komen negatif yang menjatuhkan tu tak perlulah diambil peduli. Mulut manusia ni kita tak mampu nak tutup! 






LAGI ARTIKEL MENARIK:-


PANAS! Rakan Artis 'Bergabung' Hentam Pengkritik Hafidz Roshdi Di Instagram Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.