Saturday, May 14, 2016

PANAS! Pemilik Rayani Air BIDAS Kenyataan Dato Vida

Pemilik Rayani Air, Ravi Alagendrran secara terbuka membidas jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman supaya tidak menggunakan syarikat penerbangannya sekadar untuk meraih populariti.

Ravi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rayani Air berkata demikian kerana tidak setuju dengan kata-kata pengasas produk Qu Puteh itu yang enggan menanggung beban hutang syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara itu.


Malahan, kata beliau, Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Dr Vida seharusnya bersemuka dengannya sekiranya benar-benar serius untuk membeli saham syarikat penerbangan itu.
"Ia bukan hutang, tetapi kos operasi. Dalam perniagaan mempunyai kos untuk beroperasi.
"Vida boleh beli saham tetapi jangan kata yang bukan-bukan macam 'tak mahu cuci pinggan kotor' selagi belum berjumpa dengan saya. Kalau tak nak beli, boleh cakap baik-baik.
"Kalau Vida masih tak mahu, beliau boleh buka syarikat penerbangan beliau sendiri. Jangan guna syarikat penerbangan seperti Rayani Air untuk meraih populariti," katanya.

Dilaporkan Vida sedang mengintai peluang untuk membeli saham Rayani Air, tetapi dipetik sebagai berkata 'tidak mahu cuci pinggan kotor' bagi merujuk keengganannya menanggung beban hutang syarikat penerbangan itu.

Menurut Vida, masalah hutang yang membelenggu Rayani Air perlu diselesaikan pihak pengurusannya terlebih dahulu sebelum melepaskan pegangan saham kepada pihak lain.


Ravi bagaimanapun berkata, peluang untuk Vida mengintai peluang membeli saham Rayani Air masih terbuka.
"Vida boleh ambil alih Rayani Air atau beli 51 peratus saham syarikat penerbangan ini.
"Tapi datang jumpa saya, berurusan dengan saya. Adakan pertemuan secara profesional," katanya.
Tambah Ravi, beliau ada menghubungi Vida pada Rabu lalu bertanyakan sejauh mana kebenaran untuk membeli saham Rayani Air.
"Saya tanya Vida adakah beliau benar-benar berminat dengan Rayani Air. Beliau hanya balas kata 'I hope to meet you soon' (Saya berharap untuk berjumpa dengan anda tidak lama lagi)," katanya.

PANAS! Pemilik Rayani Air BIDAS Kenyataan Dato Vida Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.