Sunday, May 8, 2016

PANAS! Maria Farida Nekad SAMAN Bekas Isteri Suaminya

Harus diketahui tahap kesabaran seseorang itu ada hadnya, bila diri sudah tidak tahan maka apa sahaja keputusan akan diambil begitu juga bagi pelakon Maria Farida yang berkeras mahu menyaman bekas isteri kepada suaminya.

Ini berikutan, Maria Farida dikatakan sudah tidak tahan difitnah oleh bekas isteri suaminya iaitu Hadijah Mohtar. Sebelum ini pihaknya sudah menyerahkan dua surat saman namun tiada tindakan diambil kerana wanita itu berjanji untuk berubah.
“Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada saya seperti perampas suami orang, bomohkan suami, berebut kasut dengan anak tiri dan paling tak boleh terima bila dia tuduh saya tampar anaknya. Macam mana saya sanggup nak tampar Rayyan sedangkan makan pakai dia saya yang jaga.”
“Sepanjang 9 bulan saya diganggu dan sabar dengan permainan dia tapi bila semakin menjadi-jadi sehingga mencederakan suami saya itu melampau. Sebelum ini saya tak pernah beri respon dengan apa yang terjadi, tapi kali ini saya tak akan diam lagi,” katanya.


Tambah Maria lagi, bagaimanapun kini wanita itu memungkiri janjinya dan tetap menganggu hidupnya sekeluarga dengan menghantar berpuluh mesej dalam bahasa kesat. Malah jelasnya lagi, dirinya dan suami juga masih menyimpan semua mesej yang dihantar sebagai bahan bukti.


Pada masa yang sama suami kepada Maria Farida, Datuk Rahman Syakur menjelaskan selepas beliau mendapat hak penjagaan sepenuhnya, beliau tetap mengizinkan wanita itu bertemu anaknya. Namun wanita itu bertindak tidak mahu memulangkan semula anaknya.

Berang dengan tindakan Rahman yang pergi ke rumahnya untuk mengambil anak-anak mereka, Hadijah melanggarnya dan mengheret beliau sejauh 5 meter serta mengalami kecederaan kecil. Wanita itu turut memberitahunya bahawa sepatutnya beliau mengheretnya sehingga mati.

LAGI ARTIKEL MENARIK:-


PANAS! Maria Farida Nekad SAMAN Bekas Isteri Suaminya Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.