Tuesday, May 31, 2016

Niat Hendak Baiki Mesin Basuh Rosak Bertukar Tragedi! Lihat Apa Yang Jadi Pada Lelaki Ini

Niat seorang lelaki di China yang ingin membaiki mesin basuh rosak bertukar malang apabila kepalanya tersangkut pada ruangan pengering mesin basuh itu.

Portal Shanghaiist melaporkan, mangsa cuba melihat ke dalam untuk memeriksa punca kerosakan mesin itu, namun gagal mengeluarkan kepalanya.

Dalam kejadian di Fujian itu, difahamkan mesin tersebut masih lagi mempunyai kuasa elektrik ketika dia cuba memeriksa.


Mujurlah rakan serumah mangsa menyedari kejadian itu, lalu bertindak menutup suiz dan cuba mengeluarkan kepala mangsa namun gagal.


Setelah puas bergelak ketawa akan kejadian yang menimpa rakan serumah mereka itu, lalu mereka menghubungi pihak bomba untuk menyelamatkan mangsa.


Bomba pada mulanya cuba mengeluarkan kepala mangsa tanpa menggunakan sebarang peralatan , namun turut gagal.

Lantas mereka mengambil keputusan untuk memotong mesin tersebut yang kemudiannya membuatkan mangsa diselamatkan.

Niat Hendak Baiki Mesin Basuh Rosak Bertukar Tragedi! Lihat Apa Yang Jadi Pada Lelaki Ini Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.