Monday, May 2, 2016

Mulianya Hatimu... Kisah Doa Seorang Isteri Pertama Buat Suami Dan Madunya Cetus Perhatian Netizen!

RAWANG – Jarang ditemui seorang isteri sedia menerima apatah lagi berdoa perkara yang baik untuk wanita lain yang berkongsi suami dengannya, namun bagi Ummu Aiman Mohd Sani, 27, beliau membuktikan sebaliknya.



Ummu Aiman tidak hanya hadir menyaksikan pernikahan suami, Dr Mohd Salman Mohd Sabri, 33, dengan Nurul Mubaraqah Najri, 21, malah mengalu-alukan kehadiran madunya dan turut mendoakan kebaikan untuk kedua-dua pengantin baru itu.
“Saya doakan suami menjadi pemimpin yang baik dan bertanggungjawab. Sekali gus dapat mendidik kami berdua menjadi isteri solehah.
“Saya berharap kesediaannya berpoligami ini mampu menjadi contoh kepada masyarakat di luar sana,” kata Ummu Aiman dipetik dari laporan Harian Metro semalam.
Pasangan itu adalah antara pengantin baru yang dinikahkan dalam Majlis Akad Nikah beramai-ramai di Masjid Cahaya Iman, di sini, Sabtu lalu.

LAGI ARTIKEL MENARIK:-


Mulianya Hatimu... Kisah Doa Seorang Isteri Pertama Buat Suami Dan Madunya Cetus Perhatian Netizen! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.