Tuesday, May 3, 2016

MESTI BACA! Sinopsis Drama Mr. Boss, Miss Stalker (Dahlia TV3)

Drama adaptasi novel terbaru berjudul Mr.Boss, Miss Stalker baru sahaja menemui penonton pada 22 April lalu yang bersiaran di Tv3 pada jam 6.58 petang setiap hari Jumaat-Ahad. 


Agak menarik dengan barisan pelakon yang hebat membuatkan penonton ternanti-nantikan untuk menonton episod seterusnya.



Tapi biasalah bila drama melayu memang tidak boleh lari daripada cerita orang kaya kan? Alahai... Tapi kan, serius Macho sangat Ashraf Muslim dalam drama Mr. Boss, Miss Stalker ni. Suka sangat!


Watak Pelakon:-

Ashraf Muslim sebagai Hariz Zhafran
Mia Ahmad sebagai Sara Azreen
Riz Amin sebagai Izzudin
Miera Leyana sebagai Ria Alisya
Nazeera Sardi sebagai Liza
Shazmeer sebagai Khairul
Aman Shah sebagai Encik Hamzah
Zulkifli Ismail sebagai Tan Sri Jalil


Berikut merupakan sinopsis Drama Mr. Boss, Miss Stalker

Mengisahkan Sara Azreen (Mia Ahmad) diberikan tugasan oleh Encik Hamzah (Aman Shah) untuk menyelidik latar belakang suspek pembunuhan Tan Sri Jalil, iaitu Hariz Zhafran (Ashraf Muslim), CEO kepada Mentari Angkasa Sdn Bhd. Bagi memudahkan kerja penyiasatannya, Sara perlu diterima sebagai jurutera di syarikat tersebut.

Sara serbah salah. Namun, dia bersetuju untuk menolong bapa saudaranya demi membalas jasa. Encik Hamzah telah membiayai segala perbelanjaan Sara sewaktu belajar di Australia kerana bapanya mengalami masalah kewangan pada masa itu.


Sara berjaya diterima sebagai jurutera di Syarikat Mentari Angkasa Sdn Bhd. Sikap Hariz yang garang dan tidak bertimbang rasa menguatkan lagi tanggapan Sara bahawa bosnya ialah seorang yang kejam dan mungkin bertanggungjawab atas kematian Tan Sri Jalil (Zulkifli Ismail). Malahan, Sara juga percaya Hariz ialah dalang kepada kehilangan anak perempuan Tan Sri Jalil, Liza (Nazeera Sardi).

Izzudin (Riz Amin), pengurus kewangan di syarikat itu sering mencari peluang untuk mendekati Sara. Kehadiran Sara turut mengundang ketidakselesaan daripada teman wanita Hariz iaitu Ria Alisya (Miera Leyana), seorang pelakon popular yang bercita-cita mahu menjadi menantu kepada keluarga Hariz.

Sara mula mengenali keperibadian Hariz yang sebenar dan mereka mula mencipta keserasian tidak kira dalam soal kerja ataupun hubungan peribadi. Sara diberikan tugasan baharu untuk berpura-pura menerima cinta Hariz. Lebih merumitkan keadaan apabila Hariz Zafran telah melamarnya. Adakah Sara Azreen akan berterus terang ataupun meneruskan rancangannya untuk memerangkap Hariz?

LAGI ARTIKEL MENARIK:-


MESTI BACA! Sinopsis Drama Mr. Boss, Miss Stalker (Dahlia TV3) Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.