Thursday, May 19, 2016

MENGIMBAU KEMBALI! Antara Permainan Masa Kecil Yang Kini Hampir Pupus, NO.6 PALING LEGEND

Jika anda lahir dalam tahun 80an, anda mesti ingat permainan tradisional yang akan kami senaraikan dalam artikel ini. Cukup mengimbau memori, tak perlu gadget canggih sudah cukup menggembirakan hati dapat bermain bersama rakan-rakan dan jiran sekeliling.



1. Konda Kondi

Dengan hanya menggunakan dua batang ranting, anda boleh bermain selagi anda mempunyai dua kumpulan yang sederhana besar. Seorang pemain akan menggunakan salah satu daripada kayu untuk memukul kayu lain ke udara supaya pasukan lawan akan menangkapnya. Cubalah!


2. Galah Panjang

Permainan ini juga memerlukan dua kumpulan, di padang dengan kekuatan 10 orang pemain. Pasukan pertahanan harus memastikan pasukana lawan tidak memasuki kawasan mereka dengan menghalang mereka mendepakan tangan mereka. Budak-budak sekolah suka main permainan ni.


3. Batu Seremban

Biji saga atau pasir selalu digunakan sebagai isi dalam karung batu seremban yang dijahit kemas. Ada juga yang menggunakan batu-batu kecil atau isikan karung kecil itu dengan kacang hijau. Permainannya mudah, anda harus melambung satu biji batu seremban  ke atas dan mengutip lebihan batu di bawah dengan cepat!


4. Main Kepung Kertas

Permainan ini diadaptasi dari permainan strategi komputer, Command & Conquer. Apa yang diperlukan adalah kertas buku Matematik yang empat segi kecil tu dan pen atau pensil. Seorang pemain harus memilih X atau O dan cuba kepung simbol itu kalau terror!


5. Congkak

Permainan tradisional yang tak lapuk dek arus kemodenan. 2 pemain, 16 lubang yang berisi guli dan anda kena pandai bina strategi untuk mengutip guli dari pihak lawan untuk diletakkan dalam ‘rumah’ anda.


6. Lawan Pemadam

Pemadam atau ‘rubber’, murah saja permainan ni. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah berlawan dengan bergilir-gilir ‘flip’ pemadam dengan jari pemadam pasukan lawan tertindan dengan pemadam kita. Macam wrestling!


7. Lompat Getah

Ikat getah sampai panjang, tocang cantik-cantik, cari dua orang yang sanggup pegang atau ikat pada dua tiang dan lompat! Permainan ni agak mencabar sebab level paling tinggi adalah melompat setinggi atas kepala. Mencabar.


8. Tutup Botol

Kumpul 5 penutup botol dan anda boleh habiskan masa berjam-jam bermain! Permainan ni memerlukan anda menjentik atau ‘tembak’ tutup botol dengan jari. Kalau jari kuat dan strategi bagus, andalah juara!

MENGIMBAU KEMBALI! Antara Permainan Masa Kecil Yang Kini Hampir Pupus, NO.6 PALING LEGEND Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.