Wednesday, May 11, 2016

Mengejutkan! Wanita Usia 70 Tahun Lahirkan Bayi Lelaki

NEW DELHI: Seorang wanita India yang melahirkan anak pertama pada usia 70 tahun berkata dia tidak terlalu tua untuk menjadi ibu buat pertama kali, katanya sambil menambah hidupnya kini lengkap. 

Daljinder Kaur melahirkan seorang bayi lelaki bulan lalu selepas menjalani rawatan pembenihan in-vitro (IVF) selama dua tahun di sebuah klinik kesuburan di utara negeri Haryana bersama suaminya yang berusia 79 tahun. 


Pasangan yang berkahwin sejak 46 tahun lalu itu hampir putus harapan untuk mendapatkan zuriat dan sering dipandang serong di negara yang melihat ketidaksuburan sebagai laknat Tuhan. 
"Tuhan mendengar doa kami. Hidup kami kini lebih lengkap. Saya sendiri yang menjaga bayi ini dan saya rasa sangat bertenaga. Suami saya juga sangat mengambil berat dan sering membantu," kata Kaur kepada AFP dari utara bandar Amritsar.
Artikel menarik:- PENEMUAN MENGEJUTKAN! Disangka Bidadari Rupa-Rupanya Adalah...

Suami Kaur, Mohinder Singh Gill, yang memiliki ladang di luar Amritsar, berkata beliau bimbang dengan umurnya, namun yakin Tuhan akan melindungi anaknya yang dinamakan Armaan.

Anurag Bishnoi, yang mengendalikan klinik kesuburan, berkata beliau pada mulanya ragu-ragu untuk meneruskan rawatan itu, tetapi ujian menunjukkan Kaur mampu membawa bayi dalam kandungan.

Ini bukan kes pertama di India, pada 2008 seorang wanita berusia 72 tahun yang berasal dari negeri Uttar Pradesh dilaporkan melahirkan kembar juga melalui IVF.

Sumber Berita Harian

Mengejutkan! Wanita Usia 70 Tahun Lahirkan Bayi Lelaki Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.