Tuesday, May 3, 2016

MENGEJUTKAN! Suami Maria Farida Dilanggar Bekas Isteri, Punca Sebenar Dibongkar

Suami kepada pelakon Maria Farida iaitu Datuk Rahman Shakur, 62, membuat laporan polis selepas mendakwa mengalami kecederaan akibat dilanggar bekas isterinya dalam satu kejadian di Taman Nirwana, Ampang, semalam.


Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang kira-kira pukul 4 petang semalam.


Rahman mendakwa, Hadijah atau dikenali Karen Rayyan telah melanggarnya di sebuah kondominium dipercayai milik bekas isterinya itu sehingga mengakibatkan kecederaan di kaki kiri dan tangan kanan.

Bagaimanapun, Karen menafikan kejadian itu dan turut membuat laporan polis di IPD Ampang kira-kira pukul 5.30 petang semalam.


Dakwa Karen, dia bukan melanggar lelaki itu tetapi cuba mempertahankan dirinya dan menghalang Rahman daripada mengambil anak mereka sehingga menyebabkan bekas suaminya terjatuh dan mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Hamza Alias mengesahkan menerima laporan polis daripada kedua-dua pihak dan tiada tindakan diambil.
“Bagaimanapun, kedua-dua mereka akan merujuk kes tersebut ke mahkamah untuk proses penjagaan hak anak mereka,” katanya.

MENGEJUTKAN! Suami Maria Farida Dilanggar Bekas Isteri, Punca Sebenar Dibongkar Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.