Monday, May 16, 2016

MENGEJUTKAN! Polis Temui 'Sesuatu' Di Dalam Kereta Milik Safee Sali

KUALA LUMPUR - Polis menemui sepucuk pistol dan 30 butir peluru hidup di dalam kenderaan milik pemain bola sepak Safee Sali yang dipandu oleh seorang pemilik kedai aksesori kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger sekitar jam 12 tengah hari semalam.



Menurut BH Online, pemilik kedai yang berusia 34 tahun itu ditahan sepasukan polis trafik yang sedang membuat sekatan jalan raya di susur keluar Kempas, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara, sekitar jam 12 tengah hari.


Pemeriksaan mendapati terdapat sepucuk pistol di dalam beg kuning yang ditempatkan di tempat duduk belakang kereta terbabit.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, Safee sebelum ini menghantar kenderaan miliknya itu minggu lalu ke kedai suspek untuk diubahsuai dan akan mengambilnya semula selepas perlawanan akhir Piala FA yang berlangsung semalam.
"Saya mengesahkan suspek kes ini tiada kaitan dengan Safee Sali dan suspek hanya mengenali pemain bola sepak itu sebagai pelanggan yang mendapatkan khidmat ubahsuai di kedainya.

MENGEJUTKAN! Polis Temui 'Sesuatu' Di Dalam Kereta Milik Safee Sali Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.