Monday, May 9, 2016

MENGEJUTKAN! Keluarga Tampil 'Buka Mulut' Isu Kisah Cinta Noriah-Asmuni

Keluarga Allahyarham Mohd Asmuni Abdullah mengakui tidak mengetahui hubungan cinta yang dijalin sejak sekolah menengah antara anak sulung daripada lima beradik itu dengan Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon.

Adiknya, Mohd Zulkefli Abdullah, 46, berkata, dia tidak pasti bagaimana kisah cinta abangnya itu dengan arwah Noriah kerana semasa mereka di sekolah menengah, masing-masing bersekolah di sekolah berasrama penuh berasingan.
“Arwah abang belajar di Sekolah Menengah Sains Selangor, manakala arwah kakak (Noriah) sambung belajar di Kolej Tunku Kurshiah, Seremban. Lepas tu, mereka bawa haluan masing-masing,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, pasangan suami isteri itu saling mengenali antara satu sama lain ketika masing-masing bersekolah di SK Sungai Burong dari 1970 hingga 1976.
“Mereka kemudiannya masuk ke asrama dan seterusnya sambung pengajian masing-masing. Abang sambung belajar ke Amerika Syarikat dalam jurusan seni bina, manakala arwah kakak pula dalam bidang undang-undang di UIAM," katanya.
Mohd Zulkefli berkata, keluarganya hanya mengetahui abangnya mula rapat dengan arwah Noriah pada awal tahun lalu ketika mereka bertemu pada majlis alumni SK Sungai Burong.

MENGEJUTKAN! Keluarga Tampil 'Buka Mulut' Isu Kisah Cinta Noriah-Asmuni Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.