Tuesday, May 10, 2016

Mengejutkan! Inilah Yang Terjadi Kepada Hafidz Roshdi Selepas Nikah, Fuhh Biar Betul??

Selain menyatakan permohonan maaf kepada media di atas sikapnya sebelum ini, pelakon baru Hafidz Roshdi dalam masa yang sama turut berkongsi kisah kehidupan berumah tangganya. Hafidz menyifatkan ia adalah sesuatu yang sangat indah lebih-lebih lagi apabila setiap perkara dilakukan bersama isteri.
“Seronok kehidupan berumah tangga ini. Seronok ada orang teman dan kejutkan kita bangun tidur. Ada orang ingatkan masa makan, solat dan pastinya saya dapat solat berjemaah sama. Insya-Allah kami akan berbulan madu tahun ini dalam negara saja,” katanya.
Artikel menarik:- MENARIK! Biodata Nurul Shuhada, Isteri Hafidz Roshdi Perlu Anda Tahu


Sementara itu, Hafidz juga sudah bersedia jika dikurniakan cahaya mata awal dalam perkahwinan mereka. Mengenali isterinya, Nurul Shuhada yang merupakan rakan sekuliah ketika belajar dahulu, ternyata perkahwinan yang baru dibinanya itu cukup indah.

Tambahnya, dua juga tidak mahu terus kekal dengan sikap lamanya hingga menjadi kritikan di dalam industri seni tanah air. Mengakui dia mahu berubah, Hafidz turut menyatakan kesediannya untuk memperbaiki kelemahan tersebut dan menjadi insan yang lebih baik.


Alhamdulillah, semoga kedua pasangan ini dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan semoga ikatan perkahwinan yang terbina berkekalan hingga ke Jannah!

LAGI ARTIKEL MENARIK:-


Mengejutkan! Inilah Yang Terjadi Kepada Hafidz Roshdi Selepas Nikah, Fuhh Biar Betul?? Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.