Monday, May 30, 2016

Memandangkan Isu Ini Tengah Panas, Saya Harap Tiada Pihak Yang Cuba Melaga-Lagakan Kami Berdua - Didie Alias

Didie Alias berharap tiada pihak yang cuba melaga-lagakannya dengan Fasha Sandha kerana isu yang berlaku antara dirinya dan juga penganjur sebuah bazar tidak mempunyai kaitan dengan pelakon jelita itu.

Menurut Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 42, meskipun terkilan dengan cara penganjur yang tidak profesional apabila terus diam daripada memberikan penjelasan, perkara itu langsuang tiada kaitan dengan Fasha.
"Memandangkan isu ini tengah panas, saya harap tiada pihak yang cuba melaga-lagakan kami berdua. Dia tiada kena mengena langsung dalam perkara ini, walaupun Fasha menjadi pilihan menggantikan saya sebagai duta bazar itu. Saya dan Fasha sudah lama kenal, malah hubungan kami baik.
"Cuma saya tidak berpuas hati dengan penganjur yang masih lagi belum memberi sebarang penjelasan kepada saya mengenai perkara itu," katanya.

Didie pada minggu lalu, meluahkan rasa terkilan dengan penganjur sebuah bazar yang tidak memberinya sebarang penjelasan apabila melantik artis lain sebagai duta acara itu.

Didie mendakwa, dirinya terbabit dalam perancangan penganjuran bazar itu sejak awal meskipun tidak menandatangani sebarang perjanjian dengan penganjur.


Pada masa sama, Didie memaklumkan akan mengadakan sidang media khas bersama beberapa artis lain yang terbabit dengan jualan bazar berkenaan kerana mendakwa, mereka dianiaya.


Sementara itu, melihat perubahan Didie yang kebelakangan ini sering menggayakan turban mengundang persoalan kepada orang ramai mengenai perubahannya yang barangkali sedang berjinak-jinak untuk bertudung litup.

Mengakui masih dalam proses mencari keserasian diri dengan imej bertudung, Didie berkata, beliau menggayakan turban untuk memenuhi minatnya dalam fesyen sebelum perlahan-lahan berhijab.
"Kebetulan, kebelakangan ini banyak acara fesyen meraikan lebaran berkonsepkan 'hijabster', jadi saya cuba mengikut tema dengan memakai turban. Anak juga sudah mula memberikan bayangan, jadi saya anggap ia sebagai tempoh percubaan sebelum berhijab penuh," katanya.

Memandangkan Isu Ini Tengah Panas, Saya Harap Tiada Pihak Yang Cuba Melaga-Lagakan Kami Berdua - Didie Alias Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.