Tuesday, May 17, 2016

MELAMPAU! Punca Sebenar Kanak-Kanak Ini Diikat Dengan Rantai Besi Dan Dibogelkan TERBONGKAR

GEORGE TOWN: Kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang didakwa diikat dengan rantai besi tanpa pakaian oleh bapanya di kawasan tangga sebuah flat di Paya Terubung, di sini Sabtu lepas, kini berada di bawah perlindungan polis dan jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).



Ketua Polis Daerah Timur, ACP Mior Faridalatash Wahid berkata murid tahun dua itu diselamatkan oleh polis kira-kira pukul 1 tengah hari semalam selepas pulang dari sekolah dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan.
"Kami telah ke rumah kanak-kanak itu dan ketika itu dia baru balik dari sekolah. Sekarang ini dia di bawah jagaan dan perlindungan polis dan JKM," katanya.
Beliau berkata polis juga telah mengambil keterangan daripada bapa kanak-kanak itu, seorang pemandu van sekolah berusia 45 tahun.

Mior Faridalatrash berkata siasatan mendapati kanak-kanak lelaki itu hanya tinggal bersama bapanya di rumah berkenaan selepas ibu dan bapanya bercerai tahun lepas.

Akhbar semalam melaporkan seorang kanak-kanak lelaki yang dalam keadaan bogel diikat dengan rantai tali di tangga rumahnya di sebuah flat di Paya Terubung selama lima jam oleh bapanya sebagai denda kerana nakal.

Sumber Mstar Online

MELAMPAU! Punca Sebenar Kanak-Kanak Ini Diikat Dengan Rantai Besi Dan Dibogelkan TERBONGKAR Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.