Wednesday, May 18, 2016

Luahan Sayu Bapa Rakyat Malaysia Yang Mati Ditembak Di Thailand

BALIK PULAU: Jenazah Mohd Nizam Ahmad Basrah, 28, yang mati ditembak di Hatyai, Thailand, Ahad lalu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Sungai Pinang di sini, kira-kira jam 1 pagi tadi.

Jenazah mangsa dibawa pulang dari Thailand menaiki van jenazah kira-kira jam 9 malam tadi, diiringi beberapa ahli keluarga untuk dikebumikan.



Bapanya, Ahmad Basrah Awang, 49, berkata dia akur dengan pemergian anak tunggalnya itu dan bersyukur kerana proses pengurusan jenazah berjalan lancar.
"Saya reda dengan pemergian arwah dan menganggap apa yang berlaku ini mungkin ada hikmah di sebaliknya.
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak yang banyak membantu menguruskan jenazah arwah dan bersyukur kerana segala urusan dipermudahkan," katanya ketika ditemui selepas majlis pengebumian di Masjid Sungai Pinang.
Difahamkan, jenazah Mohd Nizam diurus dan disembahyangkan di Thailand sebelum dibenarkan dibawa pulang ke Malaysia untuk dikebumikan di kampung halamannya.

Hampir 100 penduduk kampung, rakan dan saudara-mara menghadiri majlis pengebumian berkenaan.

Sumber Berita Harian

Luahan Sayu Bapa Rakyat Malaysia Yang Mati Ditembak Di Thailand Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.